HAH CHAP 50 DH EM
IYO HAI ANUCK II
YESSEU DAILY LAGEYH
EKCELI SEMALAM PUNYA SEMALAM PUN BOLEH DAILY TAPI AKU TERTIDUR EM
HA YELA SILAKAN VOTE DULU
HA PASTU BARU BACA
TENKIYUH
EMPAT bulan sudah pun berlalu, Eunha telah pun dapat meloloskan dirinya dari hari-hari yang menyeksakan baginya selama sebulan itu iaitu tika tinggal di rumah ayahnya dan dijaga ketat oleh ahjumma Lee semasa tempoh berpantangnya itu. Ralat, bukan sebulan. Namun, dua bulan. Kata wanita si pembantu rumah itu, lebih lama lebih bagus. Jadi, terpaksalah seorang Jeon Eunha ini menghadap hari-hari yang penuh pantang larang itu selama dua bulan. Rasanya seperti mahu lari dari rumah itu sahaja.
Namun begitu, jika dilihat dari sudut yang positif pula, dek penjagaan rapi ahjumma Lee itu terhadapnya, tubuhnya setelah itu menjadi lebih segar dan tidak lemau seperti sebelum ini. Maklumlah, makanan dan minuman yang disumbat ke dalam mulutnya saat itu semuanya herba-herba dan sayuran yang sihat walaupuu pahit kelat belaka. Jadi, itulah implikasi baik untuk dirinya sekarang. Meski, sungguh terseksa.
Sebut fasal 4 bulan berlalu, si kecil yang menceriakan dan membahagiakan lagi hidup rumah tangga Eunha, usianya pun sudah menginjak 3 bulan lebih. Cuma berbaki lagi 10 hari kemudian cukuplah 3 bulan usia seorang Jeon Jungwon itu nanti. Tumbesaran anak kecil itu juga tumbuh dengan baik. Bukan main tembam lagi pipi si kecil itu sekarang. Betul-betul turun ibunya. Di bahagian pipi sajalah. Dari segi iras muka, memang Jungkook jugalah menang.
EUNHA kini sedang menyibukkan dirinya di dapur. Ligat menghidangkan makanan pagi di atas meja makan. Pagi-pagi lagi dia sudah bangun. Bukan cuma untuk memasak, namun disertakan pakej mengemas rumah lagi. Boleh dikatakan setiap hari, sejak-sejak Jungwon sudah menginjak usia 3 bulan ini, tak pernahnya kemas di bahagian ruang tamu itu. Ada saja yang berselerak. Dengan mainan kecilnya, alas meja yang ditarik turun ke lantai, bantal kusyen berterabur di lantai. Semuanya angkara si kecil itu dan... ayahnya.
Ya, Jeon Jungkook. Bila disuruh pantau anak lelaki mereka itu, betul-betul pantau sajalah. Barang-barang yang diselerakkan si kecil itu, memang tidak terdetik mahu tolong kemaskan,malah menyertai bayi itu lagi. Bertuah betul.
Jadi, memandangkan Eunha kini betul-betul seorang suri rumah sepenuh masa, mahu tak mahu, segala apa dalam rumah itu, semuanya dia yang uruskan. Memasak, kemas rumah, basuh dan sidai pakaian,uruskan Jungwon, kemas di luar rumah dan banyak lagilah. Sibuk, meski bukan di tempat kerja.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfiction[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...