CAKKK
SOO DH MOSTLY NAK AKU APDET PETANG, SO INILAH DIA
MAAF YE YANG NK MLM TU. SEYA FHM ANDA LEBIH FEELING SAKIT HATINYA BILA SBLH MLM EM
AT THE SAME TIME SEYA TANAK ANDA SMUA TERTUNGGU LAMA SGT
JADI, SILAKANNNN
OH YE CHAP NI ALMOST 5K WORDS JADI MAKE SURE VOTE OKEYY
YE SILAKAN BACAA
"Eunha eonnie ni okey ke tak dekat dalam tu? " gumam Hae Jung bimbang sambil menjenguk ke sudut penjuru bilik di mana terletaknya tandas di sana. Maklumlah, hampir 5 minit juga kakak iparnya itu di dalam bilik air. Tiada ura-ura seperti mahu keluar pun.
Hae Jung mengerutkan dahinya sebelum menghela nafas bimbangnya perlahan. Lalu, dia langsung memutuskan untuk pergi memeriksa keadaan kakak iparnya itu. Dia berdiri lalu bekas bubur nasi diletakkan ke atas meja. Kemudian, dia lantas mengatur langkahnya ke tandas.
Buku lima bergerak mengetuk perlahan pintu bilik air yang tertutup itu.
"Eunha eonnie? Okey tak? " soal Hae Jung prihatin. Dia memasang telinganya seketika, berharap menerima respon dari sang kakak ipar. Namun, cuma senyap. Dahinya sedikit berkerut sebelum mengetuk lagi pintu tandas itu.
"Eunha eonnie? Semua okey ke dekat-"
Terhenti perlahan soalan prihatin Hae Jung apabila tangannya yang ligat mengetuk berkali-kali pintu bilik air itu perlahan terbuka. Rupanya pintu tersebut tidak tertutup rapat.
Perlahan-lahan Hae Jung menolak pintu bilik air itu secara berhati-hati.
"Eunha...eonnie?" panggil Hae Jung teragak-agak lalu menolak sepenuhnya pintu tersebut. Terbuka luaslah pintu bilik air itu. Tatkala itu, matanya pun terarah pada Eunha yang meringkuk di lantai, sedang menanggung sakit itu.
"Eonnie! "
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»139
•
•
•
"Dia mempunyai masalah dengan janinnya, kalau sikit lagi lebih teruk, mungkin dah akan berlaku keguguran. ""Dan, mungkin beberapa hari kebelakangan ni dia mengalami morning sickness yang teruk, which is rasa mual, pening, loya, cepat letih dan lemah. Pemakanan yang tak teratur pun menjadi sebab keadaan tubuh dia lemah dan tekanan darah dia menurun secara drastik. "
"Untuk seseorang yang mengandung, tak boleh berada dalam keadaan tekanan darah rendah. Itu akan membahayakan janin. Dan tekanan darah dia sekarang ni jauh dari normal, tapi mujurnya kandungan dia masih dapat diselamatkan. "
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fiksi Penggemar[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...