🔷74

234 51 259
                                    

HEYOOOOO

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HEYOOOOO

SEYA KEMBALEYHHHHH

RINDU AI TAK RINDU AI TAK

AHAHAHAHAHA K

HA NAH CHAP UTK KORANG

5 HARI AKU TYPE

EM

HA PASTU VOTE LA

😇























"Papa! Baju ni ke baju ni cantik?" soal Mi Yeon girang yang terkedek-kedek berlari dari biliknya ke ruang tamu lalu berhenti di hadapan Mingyu yang sedang duduk di sofa, ligat dengan telefon pintar. Ditayang dua helai baju kembang berbeza rekaan dan hiasan di hadapan ayahnya.

Mingyu mengangkat kepalanya. Dia memandang wajah ceria anak perempuannya itu sekilas sebelum beralih pada dua helai baju jenis dress berlainan warna dan rekaan itu.

"Umm, dua-dua cantik" respon Mingyu ringkas dengan senyuman sebelum kembali mengalihkan perhatiannya pada skrin telefon.

Mi Yeon mencebik.

"Ala, pilih la satu! Takkan la Yeon nak pakai dua baju pulak haaa" bentak Mi Yeon protes. Digoyang-goyang sebal dua helai baju yang disangkut dengan penyangkut itu.

Mingyu berdecit perlahan tika mendengar bentakan menggeli hati Mi Yeon itu sebelum mengangguk-anggukkan kepalanya, mengalah jua. Dia meletakkan telefon pintarnya itu ke tepi.

"Araso,araso. Kejap" balas Mingyu sebelum matanya mulai menilik kedua-dua baju yang dipegang anaknya itu bersilih ganti. Masalahnya sekarang, kedua-dua baju itu tampak tiada beza baginya selain warna.

"Hmmm, yang warna ungu tu?" ujar Mingyu berhati-hati, mencuba nasib. Sememangnya, hal seperti ini sangat rumit baginya sebagai seorang lelaki. Walaupun, si Mi Yeon itu baru berusia 5 tahun.

Mi Yeon mengerutkan dahinya sebentar sebelum menilik baju berwarna ungu yang dipegang di tangan kirinya itu.

"Ungu ni? Tapi baju ni panjang! Macam mana Yeon nak jalan nanti?" balas Mi Yeon dengan kerutan di dahi, lebih kepada memprotes.

Nampak? Kecik-kecik dah complicated.

"Lepas tu, pakai la yang warna coklat tua tu" tukas Mingyu bersahaja, kini lebih yakin. Maklumlah, kalau baju yang tadi tidak diterima, pasti yang satu lagi ini perlu diterima juga walau apa pun. Mujur, cuma dua helai si anaknya itu memberi pilihan. Jadi, tak ada lah rumit sangat.

"Tak bolehhh, mama tak bagiii!" balas Mi Yeon dengan gelengan laju.

Okey, mungkin tak. Sila buang sangkaan Kim Mingyu barusan.

[C] Trust [J.J.K] | BBP S2Where stories live. Discover now