🔷30

340 58 171
                                    

[16 votes+20 comments]








"Sayang" panggil Eunha sambil memandang Jungkook yang sedang fokus membuat kerja di meja kerjanya itu. Hanya sisi wajahnya saja dapat ditenung Eunha.

"Hm?" sahut Jungkook ringkas tanpa langsung mengerling ke arah isterinya itu. Matanya lebih fokus menilik kertas kerja di tangannya itu. Jari-jemarinya sesekali mencapai kertas, sesekali menekan-nekan papan kekunci komputer ribanya itu.

"Ala, tengok la siniii" rungut Eunha dengan cebikan di bibir.

"Kenapa, sayang?" soal Jungkook dengan nada yang lembut itu. Kini tangannya mencapai sebuah fail yang berada berdekatan pula. Diperiksa teliti objek itu.

Eunha merengus perlahan sebelum mencebikkan bibirnya. Sebal. Ini bukan pertama kali lelaki itu hanya memandang segala kertas kerja dan failnya itu saja. Sejak dari 30 minit yang lepas lagi suaminya itu hanya menghadap komputer riba dan hal kerjanya itu. Dan, 30 minit jugalah dia seolah terdesak mahukan perhatian seorang Jeon Jungkook itu. Sehingga minit sekarang, dia masih sedaya-upaya mahu menarik perhatian lelaki itu.

"Awak ni. Dari tadi lagi asyik dengan kerja tu. Saya tak wujud ke dekat sini?" soal Eunha yang jelas membentak itu. Dia merenung sisi wajah fokus Jungkook.

Tiada respon.

Hanya bunyi butang papan kekunci komputer ditekan-tekan saja kedengaran.

Eunha mengetap bibirnya. Dia menarik muncungnya sedepa. Satu keluhan kasar dilepaskan. Lengannya disilangkan di dada.

"Awakkkk" panggil Eunha lagi dengan nada berbaur geram dan agak lantang itu. Sebal dia dibuatnya apabila tuturannya tadi diabaikan Jungkook begitu saja.

"Ya, sayang. Kenapa? Nak apa? Cuba cakap" respon Jungkook sebelum mengerling sekilas Eunha yang sedang duduk bersila di atas katil tidak jauh darinya itu. Dia kemudiannya mengalihkan perhatiannya kembali pada skrin komputer riba.

Nak apa?

Attention la!

"Eyy awak ni! Tak bosan ke asyik hadap laptop tu dari tadi?" bentak Eunha sambil merenung tajam sisi wajah Jungkook.

Bukan apa, hampir sejam setengah jugalah Jungkook itu hanya fokus dan memberi sepenuh perhatian pada hal kerjanya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Dan itu secara tidak langsung membuatkan seorang Eunha ini seperti tunggul kayu di situ dari tadi.

"Dah semua tu kerja, sayang. Bosan ke tak ke nak kena hadap jugak" balas Jungkook ringkas dengan matanya yang tak lepas menatap skrin komputernya sambil tangan kanannya giat menggerakkan tetikus.

Eunha merengus perlahan. Dia mengembungkan pipinya, protes. Matanya juga tak lepas mencerlung tajam sisi wajah suaminya itu. Satu keluhan kasar dilepaskan.

"Dah la! Buat lah kerja awak tu sampai esok! Saya nak tidur" seloroh Eunha sebal dengan agak lantang sebelum turun dari katilnya lalu berjalan menghampiri bahagian kepala katil. Selimut yang terhampar kemas di atas tilam itu diselak kasar lalu tubuhnya dihempas ke atas katil. Seterusnya, selimut ditarik kasar ke paras dada. Mata dipejam rapat dengan hati yang masih memberontak itu.

"Eoh, jalga~" ucap Jungkook selamba sambil matanya ligat menilik isi kandungan sebuah fail di tangannya itu. Dia mengerling sekilas Eunha yang sudah berbaring di atas katil itu.

Eunha mencelikkan matanya semula setelah mendengar respon ringkas dan mesra Jungkook itu. Seolah-olah tiada rasa bersalah terselit sedikit pada diri lelaki itu. Eunha mengemam bibirnya sebal sebelum merengus kasar.

[C] Trust [J.J.K] | BBP S2Where stories live. Discover now