🔷36

288 52 252
                                    

[15 votes+30 comments]

YA KEJAP DAILY KEJAP TAK-

EM

HA VOTE JE LAH




"Arah sini, encik" tutur seorang staf perempuan yang merupakan seorang penyambut tetamu itu. Dia menunjukkan arah yang membawa ke pejabat presiden syarikat itu.

"Eoh" balas Mingyu ringkas dengan senyuman dan anggukan kecil. Dia hanya mengikuti sahaja langkah penyambut tetamu yang mengiringinya dari tingkat satu itu. Kini mereka sudah berada di tingkat 3, sepertinya aras ini mungkin terletaknya pejabat presiden atau CEO syarikat pemasaran ini.

"Pejabat puan Choi depan tu. Encik tunggu sini sekejap ya. Saya perlu maklumkan dekat puan Choi dulu" tutur penyambut tetamu itu formal seraya menunjukkan sekilas pejabat yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri itu.

"Ah, okey" respon Mingyu seraya bola matanya bergerak ke arah sebuah pejabat agak besar yang ditunjukkan staf itu barusan. Dia kemudiannya memandang penyambut tetamu itu lalu kepala dianggukkan.

Staf itu tersenyum kecil sebelum menapak ke arah pejabat persendirian Choi Im Hwa itu.

Mingyu hanya memandang sekilas figura itu menjauhinya sebelum telefonnya dikeluarkan dari poket. Objek itu dinyalakan lalu aplikasi mesej langsung dibuka. Jarinya laju menekan-nekan skrin objek itu, menaip mesej pantas sebelum dihantar.

Jeon Jungkook

»Tingkat 3. Koridor kiri. Office hujung sekali.
9.17 am

"Encik"

Suara staf tadi yang menyapa telinga Mingyu langsung membuatkan dia mengangkat kepalanya. Bola matanya bergerak memandang wanita itu.

"Encik dah boleh masuk" tutur penyambut tetamu itu ringkas.

"Ah, okey, gumawo" balas Mingyu sebelum mengukir senyuman buat pekerja itu. Dia kemudiannya memasukkan kembali telefon pintarnya ke dalam poket seluar.

Penyambut tetamu itu membalas senyuman Mingyu itu sebelum membongkokkan tubuhnya 90° lalu langsung beredar dari situ.

"Nice" gumam Mingyu perlahan dengan senyuman senang. Dia seterusnya langsung mengatur langkahnya ke arah pejabat puan Choi. Kemudian, pintu pejabat itu diketuk ringkas.

"Eoh, masuk"

Mendengar suara puan Choi yang membenarkan masuk ke pejabatnya itu langsung membuatkan Mingyu berdecit perlahan. Dia kemudiannya membuka pintu lalu menapak masuk ke dalam pejabat itu.

Puan Choi yang sedang menghadap komputer ribanya itu mengerling sedikit ke arah pintu bagi melihat gerangan yang muncul itu.

"Hai, puan. Lama tak jumpa" sapa Mingyu santai sebelum dengan selambanya dia menghenyak punggungnya di atas sofa empuk yang wujud di situ. Memang tiada siapa yang suruh, tapi peduli apa dia. Malas mahu tunggu sehingga wanita itu mempelawanya duduk.

Puan Choi mengangkat sebelah keningnya. Cermin mata yang berpaut pada kedua telinganya itu ditanggalkan. Mingyu yang sedang santai duduk di situ ditenungnya.

"Sorry but, who are you?" soal puan Choi bingung. Dahinya berkerut. Matanya masih setia memandang pemuda itu.

"Aigoo. Puan tak kenal saya ke?" respon Mingyu yang sempat berbuat kecewa itu. Dia mencebikkan sedikit bibirnya, kesal.

[C] Trust [J.J.K] | BBP S2Where stories live. Discover now