[16 votes+30 comments]
WAH DAH CHAP 38
TAPI SI KAMOO MASIH TANAK VOTE
TABAIK TAU MENGANIAYA SAYA
LAH TIBAH
DAH BACA JE LA EM
HA VOTEEE
"Ha, Eun. Macam mana meeting tadi? Okey?" soal Haera sebaik saja menyedari Eunha yang baru muncul di meja kerjanya itu. Matanya memandang lama sisi wajah Eunha, menanti respon wanita itu.
Eunha menoleh memandang Haera sebelum mengukir senyuman palsu buat rakan seruangannya itu. Bahan-bahan untuk pembentangannya tadi diletakkan ke atas meja.
"Okey... la, eonnie. Ha okey" respon Eunha yang sepertinya tidak ikhlas jawapan itu keluar dari mulutnya. Bibirnya mengukir senyuman kecil. Macam mana nak ikhlasnya, fikirannya masih berlegar-legar dengan segala tindakan Jungkook di bilik mesyuarat tadi itu. Habis hilang fokusnya ketika itu. Asal pandang saja, senyum. Asal senyum saja, kenyit mata. Macam mana dia nak fokus sepenuhnya kalau macam tu?
Mujurlah dia masih bijak mengawal raut wajahnya dan bertindak profesional dalam menyelesaikan juga penerangannya itu sampai ke penghujung. Walaupun dalam hatinya, tuhan saja tahu betapa dirinya mahu menghamburkan kata-kata indah kepada Jungkook ketika itu. Nasiblah dia masih mempunyai kesabaran yang tinggi. Kalau tak, memang projector melayang ke meja panjang mesyuarat itu.
"Eoh, baguslah macam tu. Lagi pun saya tahu la awak selalu capable pasal presentation ni. Cuma nervous tu je yang lebih" ujar Haera dengan senyuman sebelum mengalihkan kembali perhatiannya pada skrin komputernya.
Eunha hanya tersenyum kecil sebelum memusingkan kepalanya ke hadapan. Dia merengus perlahan.
Masalahnya hari ni bukan nervous je, bengang pun sekali!
"Ah, molla molla" omel Eunha perlahan, malas mahu sebal lebih-lebih dengan si Jeon Jungkook itu. Dia kemudiannya menarik kerusinya untuk dilabuhkan punggung.
Namun, niatnya itu terbantut apabila pintu pejabatnya pula diketuk dari luar. Setelah itu, pintu itu dibuka.
Eunha memandang bingung dan hairan sejurus melihat figura yang muncul di muka pintu pejabatnya dengan Haera itu. Dahinya sedikit berkerut.
"Eun, siapa?" soal Haera penasaran seraya mendongak sedikit, melihat Eunha yang masih berdiri itu.
Eunha menoleh memandang Haera apabila mendengar soalan dari wanita itu yang diajukan kepadanya.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fiksi Penggemar[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...