[BAD BOY PRINCE S2]
Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan?
"𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼"
↪Mengisahkan tentang kisah...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Ha vote la
PEJAM celik pejam celik, sudah 3 bulan berlalu. Cepat sungguh masa menginjak pergi. Usia kandungan Eunha pun sudah menjengah 24 minggu atau boleh dikatakan 6 bulan. Baby bump di perut Eunha juga sudah membesar dan terlihat lebih ketara berbanding dahulu. Pipinya yang semulajadi tembam itu pun menjadi lebih berisi lagi.
Pagi itu,Eunha sedang menyibukkan dirinya dengan memasak sarapan di dapur sendirian. Maklumlah, hari ini harinya bercuti, jadi tentulah dia tidak perlu pergi ke pejabat pagi ini. Oleh kerana itulah dia berada di dapur sekarang. Sibuk menyediakan sarapan.
Setelah hampir 20 minit berperang di dapur, Eunha akhirnya siap menyediakan hidangan sarapan untuk pagi itu. Dia mencapai sebiji pinggan lalu mencedok dua senduk nasi goreng Kimchi ke dalam pinggan tersebut. Telur goreng yang baru saja masak itu diletakkan ke atas timbunan nasi goreng itu. Kemudian, hidangan itu dibawa ke meja makan.
Sepinggan nasi goreng yang sempurna itu bukan untuk dirinya, namun untuk,
"Sayaaaanng"
Ya. Itulah makhluknya. Jeon Jungkook. Tepat pada masa dia tiba di dapur.
Eunha memandang Jungkook yang sedang berjalan menghampiri meja makan sambil ligat mengancing butang lengan baju kemejanya itu.
"Eoh, tu. Baru je siap" balas Eunha seraya menarik kerusi di meja makan itu lalu didudukinya. Sepinggan nasi goreng Kimchi itu ditolak perlahan ke depan.
Jungkook tersenyum kecil sebelum turut menarik kerusi berhadapan Eunha lalu punggungnya dilabuhkan di situ.
"Awak tak makan?" soal Jungkook dengan kening yang diangkat sebelah sambil menatap wajah isterinya itu di hadapan.
"Kejap lagi lah. Saya nak kemas dapur dulu baru nak makan" respon Eunha sebelum mengulum senyuman kecil buat suaminya itu.
"Lahhh, makan je lah sekali. Tak eloklah tangguh-tangguh makan tu" tukas Jungkook yang agak tidak menerima cara Eunha itu.
"Ala, tak apa. Awak makan je dulu. Lagipun saya tak ada lah lapar sangat" balas Eunha seraya mengukir senyuman sekilas buat Jungkook.
"Okey, suapkan" seloroh Jungkook seraya menolak perlahan sepinggan nasi goreng Kimchi di hadapannya itu ke arah Eunha.
Eunha langsung tergelak palsu dek permintaan suaminya itu sebelum pantas raut wajahnya berubah kosong kembali.
"Makan sendiri" ujar Eunha senada dengan ekspresi wajahnya yang mendatar itu.
"Ala, suapkan--"
"Tak ada, tak ada. Makan sendiri. Saya banyak lagi kerja nak buat dari nak menyuap awak" tukas Eunha serta-merta yang sedikit pun tidak memberi pertimbangan untuk permintaan mudah suaminya itu. Dia kemudiannya langsung berdiri lalu berjalan ke arah sinki.