🔷75

252 50 247
                                    

ALAAA TERLEWAT PULAK HSHSHSHSHS

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ALAAA TERLEWAT PULAK HSHSHSHSHS

MAAP LA YE LAMA TAK APDET

ATERIMA KASHEH KERANA MASIH STAY TUNED

DAH, VOTE LER

GIGIH AKU LAWAN MENGANTUK NAK HABISKAN TYPE CHAP NI AHSHSHDHDKDL-
















"Habis~" tutur Eunha mesra dengan senyuman lebar setelah menyuap suapan terakhir bubur nasi ke dalam mulut Jungwon. Kain napkin di leher si kecil itu diangkat sedikit lalu dikesat lembut di sekitar mulut anaknya itu.

Chaeyeon di sebelah Eunha sudah tersenyum melihat layanan mesra rakannya itu kepada Jungwon. Comel saja melihat si kecil itu mengibas kedua-dua tangan riang tika mulutnya dilap sang ibu.

Chaeyeon kemudiannya memandang ke arah semangkuk Jjampong bersama nasi putih yang masih tidak diusik di hadapan Eunha itu. Wanita itu masih lagi tidak menjamah sesuap pun makanan dek lebih mengutamakan dalam menyuap Jungwon.

"Dah, Eun. Kau makan la pulak. Bagi Jungwon tu Jungkook pegangkan. Main game je dari tadi dengan Mingyu tu ha" ujar Chaeyeon prihatin seraya mengerling ke arah Jungkook dan Mingyu yang duduk berhadapannya dan Eunha itu. Ya, sejak dari dua ketul lelaki itu selesai menjamah makanan, jari-jemari itu tak henti menekan-nekan skrin telefon. Bukannya nak tolong suapkan  anak atau apa.

Entah la dengan dua ketul ayah yang tak berapa macam ayah tu.

Campak masuk pulau je lah.

"Lah,sabar jap. Tak mati lagi" respon Jungkook ringkas sebaik saja mendengar namanya dipetik sambil matanya tak lari dari merenung skrin telefon. Jari-jemari juga tak lepas lincahnya mengetik skrin gajet itu.

"Bongok enemy belakang" tutur Mingyu memberi amaran agak panik yang turut tidak kalah fokusnya merenung skrin telefon. Pergerakan jari-jemari juga begitu.

Mata Jungkook sedikit membulat apabila mendengar amaran dari Mingyu itu. Laju saja bola matanya meliar merenung setiap sudut di skrin telefonnya itu.

"Woi mana--"

"Sayang. " panggil Eunha dengan nada mengeras sambil matanya tepat merenung ke arah Jungkook di hadapan. Geram jugalah dengan lelaki itu. Boleh pula barusan dia buat tak endah saja dan fokus dengan berperang dalam telefon itu.

Dengar saja nada suara seorang Jeon Eunha yang jarang menyapa telinga itu, lantas Jungkook mengangkat kepalanya dan memandang sang isteri di hadapan. Telefon juga dilepaskan ke atas meja. Perdajalkan dulu si enemy tak enemy tu.

"Ye? " sahut Jungkook spontan dengan kening diangkat sebelah. Dipandang wajah Eunha di hadapan dengan tatapan fokus.

"Woi mati--"

[C] Trust [J.J.K] | BBP S2Where stories live. Discover now