🔷125

169 52 192
                                    

OYEAH SILAKAN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

OYEAH SILAKAN

HA VOTE DULU














"Eoh, Na. How? Dah slow talk dengan husband kau dah ke?"

"Belum lah, Ju. Dia tiba-tiba ada hal. Dia keluar lepas baru je dalam 15 minit macam tu balik dari office. Ada dinner apa entah" jelas Eunha agak kesal seraya melabuhkan punggungnya ke atas katil. Satu keluhan perlahan dihela.

"Oh, ye? Habis, sekarang dia tak balik lagi?"

"Tak. Maybe dinner yang formal macam tu kot. Itu yang lama"

"Ahh, formal dinner. Ye la, selalunya memang lama. Nanti dia balik lah tu"

"Hm. Esok je lah aku cakap dengan dia pasal tu"

"Ye, esok je. Tak payah banyak fikir lah, Na. Anak buah baru aku kena baik-baik je dengan kau. Jangan buat dia terkesan sekali dengan mummy dia ye"

Eunha langsung berdecit perlahan dek pesanan Yuju itu. Dia mengangguk perlahan.

"Iyee"

"Ha, aku dah nak kena tidur dah ni, Na. Esok kerja"

"Oh, okey. Good night. Good luck. Hwaiting"

"Cakap untuk diri sendiri ke tu?"

"Ish, untuk kau lahhh"

"Hahahaha, ye gurau je. Dah, kau pun kena pergi tidur jugak. Jaljaa"

"Eoh~"

Tut.

Panggilan diputuskan Yuju terlebih dahulu. Eunha pun menurunkan telefon pintarnya dari telinga. Kemudian, objek itu diletakkan di sebelahnya. Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum dihela perlahan.

Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati sekarang. Dan, entah kenapa juga dia berasa sangat kesal kerana tak dapat berbincang dengan Jungkook tadi. Seolah, hari ini saja dia berpeluang untuk berbuat begitu. Seolah tiada hari esok.

Kenapa ya?

Ada apa-apa buruk yang bakal berlaku hari inikah?

Pantas saja Eunha menggelengkan kepalanya. Cuba menghindarkan fikiran buruk tersebut. Tak kira apa dan bagaimana perkara buruk itu, tentunya dia tak mahu itu berlaku. Dia baru saja berasa bahagia dan tenang kembali. Janganlah hapuskannya lagi.

Eunha menarik nafasnya sedalam-dalamnya sebelum dihela perlahan. Cuba menyalurkan ketenangan dalam dirinya. Berasa sedikit tenang, dia pun mengangkat kedua kakinya ke atas tilam lalu tubuh dipusingkan sedikit dan bersandar pada kepala katil. Bantal dicapai lalu didakap di atas riba. Mata lurus memandang ke hadapan.

[C] Trust [J.J.K] | BBP S2Where stories live. Discover now