🔷129

202 52 373
                                    

Sumpah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sumpah. Natang oren ni cam haro-

Ada jee error dia time aku nk apdet KDNKSJSOPE

HA VOTE

CHAP NI ALMOST 6K WORDS SOOOO TULUNG EPRESYET EFFORT SEYA DENGAN MENGEVOTE OKEYH

KALAU COMMENT LAGI SEYA SAYANG OHOKS














"Mummy!" laung Jungwon lantang seraya matanya tercelik luas. Dia mendadak terjaga dari tidurnya. Matanya disapa siling berwarna putih di atas. Nafasnya sangat tidak keruan ketika itu. Jantungnya berdegup kencang.

Jungwon langsung bangkit dari pembaringannya lalu memandang ke sekeliling bilik tidurnya dengan laju, cemas. Dahinya yang berpeluh banyak dihapus.

"Mum-mummy. Mummy" gumam Jungwon gelisah dengan jantung yang masih berdetak laju itu. Dia tak mahu terjadi apa-apa yang buruk kepada ibunya itu, apatah lagi kehilangan sang ibu.

Jungwon langsung turun dari katilnya dengan perasaan cemas dan gelisah yang masih menyelubungi diri. Dia menapak ke arah pintu lalu tombol pintu dipulas setelah kaki dijinjit sedikit. Kemudian, dia pun membuka pintu itu dan keluar.

Tiada sesiapa di luar. Hanya kaki lima yang lengang.

Jungwon berlari anak ke arah penghadang tangga. Dia menjenguk ke tingkat bawah. Juga, kosong. Tiada sosok tubuh sesiapa yang terbaring kaku bersama darah yang mengalir.

"Mum-Mummy mana?" gumam Jungwon cemas dan resah lalu langsung berganjak dari penghadang tangga itu. Kemudian, dia pun berlari anak ke sebuah lagi bilik tetamu yang digunakan ibunya itu. Tombol pintu langsung dipulas.

"Mummy!" laung Jungwon lantang sebaik saja pintu dibuka.

Eunha yang sedang bersiap-siap untuk tidur itu tidak semena-mena terperanjat dek laungan anaknya itu.

"Ommo. Hey, terkejutlah, sayang" tutur Eunha lembut seraya memandang Jungwon di muka pintu. Dia mengurut dadanya perlahan.

Jungwon yang sedang statik berdiri di muka pintu bilik ibunya perlahan matanya berkaca-kaca. Bibirnya juga bergetar.

"Mummy..." lirih Jungwon dengan nada bergetar lalu perlahan melangkah masuk ke dalam bilik tidur Eunha itu. Air matanya juga menitis.

"Eoh? Wae,wae? Kenapa, sayang? Kenapa menangis? Kenapa?" soal Eunha langsung dengan agak bertubi-tubi apabila melihat raut cemberut dan air mata anaknya itu.

Jungwon menitiskan air matanya seraya memanjat naik ke atas katil ibunya itu, duduk bersebelahan sang ibu. Dengan raut cemberut dan bibir yang bergetar, dia memandang wajah bimbang Eunha.

"Kenapa, sayang? Apa jadi? Bagitahu mummy. Kenapa, hm?" soal Eunha lagi dengan penasaran dan risaunya. Bahu kecil anaknya itu dipegang.

Jungwon mengesat air matanya lalu mencebikkan sedikit bibirnya. Dia menatap wajah sempurna ibunya itu.

[C] Trust [J.J.K] | BBP S2Where stories live. Discover now