🔷98

210 53 446
                                    

AAAAAAA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AAAAAAA

MAAP 2 HARI TAK APDET

CHAP NI PNJG, SO YEA

YA VOTE DAN COMMENT BEBANYAK TULONG 💙

ASELAMAT MEMBACA (❀◦‿◦)













"Sayang, pasal saya bagitahu awak semalam tu, boleh eh? Saya pergi lepas ambil Jungwon dari sekolah nanti. Eh,tak. Petang nanti la" tutur Eunha sambil memandang Jungkook di muka pintu yang berpakaian kemas sedang memakai kasut.

"Eoh. Pergi dengan Yuju je kan?" respon Jungkook seraya memandang Eunha di hadapan, mahukan kepastian. Keningnya dijongket sebelah. Kalau seperti yang dimaklumkan isterinya itu semalam, wanita itu mahu pergi ke pusat membeli-belah bersama rakannya yang seorang itu, Yuju.

Eunha menganggukkan kepalanya, mengiyakan.

"Haah. Saya naik dengan dia je nanti" jelas Eunha ringkas.

Jungkook menganggukkan kepalanya perlahan. Dia selesai menyarungkan kasutnya. Wajah polos Eunha di hadapan dipandang.

"Eoh, okey. Nak balik pukul berapa?" soal Jungkook dengan kening yang diangkat sebelah. Diteliti wajah sempurna tanpa solekan isterinya itu.

Eunha terdiam seketika. Dia berfikir singkat.

"Umm, saya pergi tu dalam pukul 5,kalau balik pukul 8, boleh?" balas Eunha teragak-agak, meminta pandangan suaminya itu. Bulat-bulat matanya menatap wajah Jungkook di hadapan.

"Oh, okey" jawab Jungkook ringkas, menyetujui langsung soalan isterinya itu. Kepala dianggukkan kecil.

Eunha langsung tersenyum kecil. Sukalah dia dapat membeli-belah sampai 3 jam.

"Eoh,awak balik pukul berapa? Kalau awak balik awal, awak pergi rumah appa dulu eh? Nanti saya dah balik dari mall,baru kita balik rumah eh" pesan Eunha tatkala dia teringatkan tentang hal itu.

Langsung saja dahi Jungkook berkerut. Kenapa pula dia nak kena pergi rumah mentuanya itu?

"Kenapa?" soal Jungkook hairan dan buntu dengan raut bingung.

Eunha tersenyum kecil.

"Ala,anak awak tu la. Dia nak pergi rumah harabeoji dia lagi hari ni sebab nak sambung movie kartun dia yang tak sempat habis semalam" jelas Eunha dengan senyuman kecil yang masih menghias bibir.

Jungkook langsung berdecit perlahan sebelum tersenyum sebaik saja mendengar penjelasan tentang gelagat si Jeon Jungwon itu.

Cakap pasal budak tu, jangan risau. Dia ada di dapur, tengah makan. Belum dijual-

[C] Trust [J.J.K] | BBP S2Where stories live. Discover now