EHE
VOTE SILA
COMMENT JUGEK
OK SELAMAT MEMBACAAAA
Klik!
Klik!
Klik!
Bunyi khas kamera yang mempotret setiap sudut figura tinggi langsing yang mengenakan busana jenis blaus berwarna merah hitam di hadapan layar putih. Pelbagai gaya spontan dilakukan pantas sepanjang gambar diambil.
"Alright, nice. Take five" ujar pengarah Lee agak lantang yang sedang duduk di atas bangku berhampiran kru-kru lain yang meramaikan di situ. Dia meneliti beberapa foto penggambaran yang terpapar di skrin bersaiz sedang di hadapannya.
Sae Yoon mengangguk akur lalu beranjak dari layar putih tempatnya beraksi kerjayanya itu. Satu botol air mineral langsung saja dihulurkan kepadanya tanpa diminta.
"Lawa blouse ni, Sae. Mesti nanti laku keras blouse design pengarah Hong ni" tutur Yena ramah, membuka bicara. Dia mengulum senyuman sambil memerhati blaus elegan ala prom yang tersarung elok di tubuh rakannya.
Sae Yoon yang sedang menutup botol mineral itu sekadar membalas dengan senyuman singkat dan anggukan kecil. Sambil itu, matanya meliar ke sekeliling sudut studio pengiklanan yang agak luas itu. Sehinggalah, matanya terarah pada figura yang dia sangat tergila-gilakan itu di luar tingkap kaca studio.
"Jungkook, hai!" sapanya spontan dengan mesra. Bibirnya menarik senyuman lebar sambil melambai-lambai teruja, berharap mendapat perhatian lelaki yang bergelar CEO di tempatnya memijak itu.
Jungkook yang sedang tenang melangkah melepasi studio penggambaran bersama Mingyu dan Chaeyeon mendadak merengus perlahan apabila dia samar-samar mendengar suara sumbang itu dari dalam. Dia sekadar mengerling sekilas sang model yang terkinja-kinja di dalam studio itu dan meneruskan langkahnya.
"Wtf. Rasa macam nak angkat jari tengah" omel Mingyu jengkel yang turut menyedari hal itu. Dia memperlahankan langkahnya di belakang Jungkook sambil merenung Sae Yoon di dalam yang tidak menyerah menarik perhatian Jungkook. Yang sudah jelas-jelas diabaikan.
"Dah" seloroh Chaeyeon senada yang selamba mengangkat jari hantunya ke atas, ikhlas buat seorang Kim Sae Yoon. Dan, bagusnya, Sae Yoon melihat perbuatannya.
"Astaga, wife saya" ujar Mingyu terpana yang langsung menggenggam tangan Chaeyeon itu lalu menurunkan ke bawah. Tak tahu nak bangga ke apa gini-
Sae Yoon yang melihat itu sedikit terpinga-pinga. Dia tak pasti sama ada perbuatan Chaeyeon itu benar-benar ditujukan kepadanya atau apa.
"Cik Sae Yoon dengan tuan Jeon rapat ke?" soal seorang staf wanita yang berperanan menguruskan hal-hal pengiklanan di situ itu. Dia memandang Sae Yoon yang masih tercengang memandang ke arah tingkap lut sinar itu. Maklumlah, dia tertanya juga bila mendengar sapaan tanpa formal wanita bergelar model itu tadi kepada Jungkook.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfiction[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...