🔷118

153 51 372
                                    

MBAAAA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MBAAAA

k

YE MAAF LEWAT

VOTE YEEEEE

ASHELAMAT BACA







"Lepas tu, kau nak buat apa?" soal Yuju setelah menghela nafas perlahan.

"Aku rasa aku nak bercerai dengan dia" jawab Eunha mendatar sambil memandang lurus ke hadapan.

"MWO?!" respon Yuju drastik dengan lantangnya. Dia juga spontan berdiri. Matanya membuntang besar.

Eunha diam. Dia sedikit pun tidak terkesan dengan reaksi spontan rakannya itu. Dia kekal memandang lurus ke hadapan.

Yuju memandang sisi wajah datar Eunha itu. Dia perlahan duduk ke atas sofa kembali dengan perasaan yang masih terkejut beruk itu.

"K-kau kau serius lah, Na? Sumpah kalau kau buat lawak, aku boleh gelak sekarang jugak. Serious talk ni. Bagitahu aku itu cuma gurauan di siang hari" tutur Yuju bersungguh sambil menilik sisi wajah Eunha dengan bola matanya yang bergerak-gerak laju.

Eunha menghela nafasnya perlahan. Dia memandang Yuju di sebelah.

"Aku tak buat lawak pasal benda serius macam ni lah, Ju" tukas Eunha senada.

Melopong sedikit mulut Yuju.

"Wehhh, kau jangannn. Chill dulu, Na. Chill. Jangan buat keputusan macam ni. Ambil masa, tenangkan fikiran kau lepas tu fikir baik-baik. Fikir dengan fikiran yang tenang. Kalau kau nak, aku boleh suggest tempat terbaik untuk kau bertapa dekat sana,Na" seloroh Yuju sambil memegang lengan rakannya itu. Bersungguh berkata demikian.

Eunha langsung mengerling jengkel Yuju. Sempat lagi loyar buruk dia.

Melihat reaksi Eunha itu, langsung saja Yuju mengetuk kepalanya.

"Okey. Bukan masanya nak guna mode otak masuk air kau, Ju" omel Yuju lalu mengetuk lagi kepalanya. Kesal dengan dirinya yang berloyar buruk tak kena situasi.

Kemudian, dia kembali memandang Eunha di sebelah. Raut wajah rakannya itu tampak berbeza dari selalu. Jarang sekali wanita itu memasang ekspresi dingin dan serius.

"Na, kau seriuslah? Aku..aku serius tak boleh nak brain ni. Kenapa sampai nak cerai, Na?" tutur Yuju berhati-hati.

Eunha langsung menoleh memandang Yuju.

"'Kenapa?' Kau dah dengar everything aku ceritakan tadi kan? Tak cukup menjawab ke untuk soalan kau tu, Ju?" balas Eunha senada dan berbaur kekesalan. Ya, 10 minit lalu, dia sudah menceritakan segalanya kepada sahabatnya itu.

"T-Tak, tak, ye, ha, aku faham. Tapi, kan–aduh. Kau sabar kejap. Bagi aku adjust otak aku kejap" ujar Yuju berseloroh lalu menepuk-nepuk sisi kepalanya berkali-kali. Kononnya mahu membuat otaknya itu berfungsi.

[C] Trust [J.J.K] | BBP S2Where stories live. Discover now