YEEHAW
OK DIS CHAP AKU YAKIN KORANG AKAN SUKA (◕‿◕✿)
AND CHAP NI PANJANG JUGAK
SO MAKE SURE COMMENT BEBANYAK AND VOTE OKEYY!
Seya akan sangat menghargainya💙
YE SELAMAT MEMBACA :)
"I nak jumpa your Ceo" maklum Sae Yoon senada sebaik saja dia berdiri di hadapan meja penyambut tetamu di lobi syarikat Jeon's Corporation. Dia memandang sekeliling lobi yang luas itu.
"Okey, boleh saya tahu nama cik?" soal Aerin bersantun kata sambil memandang wajah wanita yang memakai cermin mata hitam di hadapannya itu.
Sae Yoon yang mendengar soalan itu langsung saja menatap sang penyambut tetamu itu.
"Pardon? You tak kenal I?" soalnya dalam ketidakpercayaan lalu menanggalkan cermin mata hitam yang berpaut di batang hidungnya itu. Keningnya dijongket sebelah.
"Um...tak?" balas Aerin teragak-agak sebelum tersenyum janggal.
Drastik Sae Yoon menggulingkan bola matanya ke atas. Menyampah.
"Ugh. I'm Kim Sae Yoon" jawab Sae Yoon acuh tidak acuh. Dia betul-betul berfikir yang satu bumi Korea Selatan ini mengenalinya agaknya. Cermin mata hitamnya dimasukkan ke dalam beg tangan di pegangan.
Aerin mengangguk kecil.
"Oh, okey. Sekejap ye. Saya nak check" ujar Aerin mesra lalu mengalihkan perhatiannya ke skrin komputer di sebelah. Tangannya menggerakkan tetikus.
Dahi Sae Yoon berkerut hairan dan bingung. Dia memandang pekerja itu pelik.
"What are you gonna check?" soal Sae Yoon hairan. Keningnya dijongket sebelah.
Aerin memandang Sae Yoon pula tika mendengar soalan wanita itu. Dia mengulum senyuman singkat.
"Saya akan cek nama cik lah. Cik cakap nak jumpa tuan Jeon kan? Jadi, saya kena check nama cik dekat name list yang ada buat appoinment dengan tuan Jeon. Then, barulah saya akan iring cik ke pejabat tuan Jeon" jelas Aerin panjang lebar dan mengulum senyuman kecil. Setelah itu, dia kembali memfokuskan matanya ke skrin komputer yang sudah memaparkan senarai nama yang agak panjang.
"Mwo? Then, kalau I tak buat appoinment, I tak boleh jumpa dia?" soal Sae Yoon dengan nada agak membentak.
Aerin mengangguk.
"Ye, betul, cik" jawabnya lalu mengukir senyuman singkat.
"Nonsense! I'm the model here for this company. I should have just go meet him whenever and however I want. Now, you call dia. Tell him that I yang nak jumpa dia. Dia mesti akan bagi" hambur Sae Yoon yang mulai agak sebal itu. Dia menatap tajam wajah gadis di hadapan.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfiction[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...