CAK PUKUL 2
EM
NAH, STRUGGLE JUGAK NK APDET MLM NI (PAGI)
HA VOTE!
ASHELAMAT MEMBACAAA💙
"Dah sampai?"
"Eoh. Nak tunggu dekat luar ke dalam office?"
"Dalam lah"
"Eoh"
Tut.
Panggilan diputuskan puan Choi terlebih dahulu. Jungkook pun menurunkan telefon pintarnya dari telinga. Lalu, kaki pun melangkah menghampiri pejabat milik Choi Im Hwa yang tertutup rapat pintunya. Tangan naik membuka pintu moden tersebut.
Tengah hari itu dia mempunyai jadual bersama puan Choi. Tentunya untuk membincangkan tentang hal bekerjasama mereka berkenaan taja menaja itu.
Jungkook melangkah masuk ke dalam pejabat milik Choi Im Hwa itu. Persekitaran pejabat itu lengang tanpa sesiapa di dalam. Wanita itu pun sudah memaklumkan kepadanya bahwa dia sedang berada di luar. Mungkin beberapa minit lagi dia kembali.
Sofa empuk yang tersedia rapi di bahagian sisi pejabat menjadi tempat untuknya duduk dan menunggu. Telefon pintar diletakkan ke atas meja di hadapan. Satu-satunya butang kot dibuka bagi menghasilkan sedikit keselesaan tika duduk.
Sebaik saja itu, fikirannya langsung melayang ke arah lain. Pantang tiada benda untuk difikir, pasti teringat saja lah tentang hal semalam.
"Awak, tolonglah. Saya minta maaf. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tahu saya paling bersalah dalam hal ni. Saya ego. Saya pentingkan diri. Saya tak fikir pasal awak. Saya teruk. Saya minta maaf,awak"
Masih segar di fikirannya raut wajah Eunha yang terdesak bersama air mata yang berjurai-jurai di hadapannya semalam.
Kenapa baru sekarang?
Kenapa baru sekarang mahu mengungkapkan sebaris ayat maaf itu?
Kenapa ketika hatinya benar-benar hancur baru kalimah itu menyapa telinganya?
Bukannya dia tak mahu menerima maaf wanita itu, cumanya dia merasakan tindakan itu sudah terlambat dan tak berguna lagi.
Patutnya, dulu. Dulu sebaris ayat itu disebut.
Bukannya setelah menyedari hal sebenar. Bukannya setelah tahu apa yang sebenarnya terjadi, baru mahu menangis-nangis minta maaf dek menangkan ego dulu. Dek menuduhnya bertalu-talu dulu. Dek tidak mempercayainya langsung dulu.
Tawar hati.
Ya, kondisi yang mungkin paling tepat untuk menjelaskan keadaan hati seorang Jeon Jungkook sekarang. Dia sudah penat bersabar. Dia sudah penat mengalah. Dia sudah penat bertahan. Dia sudah penat pendam. Penat tak dihargai.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfiction[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...