HAI :)
DO VOTE AND COMMENT ^^
"Banduan 573, anda dibebaskan. Sila keluar" arah pegawai polis bahagian penjara itu setelah membuka pagar sel penjara di hadapannya itu.
Wanita lingkungan lewat 40 an yang sedang duduk tenang di atas lantai itu langsung berdiri tatkala mendengar arahan pegawai itu. Dia tersenyum kecil sebelum menghayunkan langkahnya dengan bersahaja keluar dari tempat yang dia diami selama 2 tahun itu.
Kemudian, wanita itu mengikut pegawai unit itu dari belakang dengan kedua-dua tangannya masih digari itu. Dia melangkah dengan teraturnya dan hanya memandang lurus ke hadapan sepanjang melepasi penjara-penjara di sebelahnya itu.
Setelah berjalan hampir 2 minit itu, wanita itu akhirnya dibawa keluar dari ruang penjara itu. Dia kini berada di ruang yang wujudnya kaunter-kaunter yang lebih dari tiga itu. Seterusnya, dia diarahkan duduk di atas satu kerusi yang berada di sebuah kaunter itu. Kemudian, gari yang mengunci kedua-dua tangannya itu ditanggalkan.
"Kad banduan, " pinta pegawai yang duduk berhadapan dengannya itu seraya menghulurkan tapak tangannya.
Wanita itu tidak bercakap banyak, sebaliknya hanya menghulurkan kad banduan miliknya. Kad di mana dicatatkan sedikit maklumat tentangnya di atas objek itu.
Pegawai unit itu menyambut huluran wanita itu dan meletakkan kad banduan itu ke dalam satu kotak. Kemudian, dia mengeluarkan sehelai kertas. Kertas yang mengandungi pengakuan pengecualian, percubaan dan syarat pendaftaran itu langsung ditandatanganinya.
"Im Hwa Choi, " panggilnya tanpa nada seraya menghulurkan kertas yang sudah bertanda tangan itu.
Wanita itu, atau lebih tepat, Choi Im Hwa menyambut huluran kertas itu. Dia menilik sepintas lalu kertas itu.
Kemudian, pegawai unit itu menghulurkan beberapa barang milik Choi Im Hwa. Pakaian elegannya, dompet mahalnya, jam berjenamanya itu diletakkan di atas meja.
"Anda boleh tukar pakaian dan sila kembalikan pakaian banduan kepada pihak kami" tutur pegawai itu mendatar.
Choi Im Hwa menganggukkan kepalanya seraya berdiri. Dia mengangkat pakaiannya yang dilipat itu dan barang perhiasannya itu sekaligus. Kemudian, dia langsung menapak ke arah bilik persalinan yang terdapat di situ.
Pintu bilik persalinan itu dibukanya dengan wajah mendatar. Sebelum perlahan-lahan bibirnya mengulum senyuman sumbing.
"Jeon Jungkook, Jung Eunha. Till we meet again"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»Prolog
•
•
•
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfic[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...