[15 votes+20 comments]
FUH
LEWAT LA SIKIT HA
HA
YA VOTE JE LA
TIGA bulan sudahpun berlalu, tempoh kandungan Eunha kini sudah menginjak 14 minggu. Selama tempoh 3 bulan ini, semuanya berjalan dengan lancar. Tiada sebarang masalah mahupun kemalangan yang berlaku. Eunha juga sudah lebih berhati-hati dalam menjaga kandungan yang dibawanya belakangan ini.
Cumanya, ragamnya yang bermacam-macam itu memang tak dapat dielakkan. Mahu tak mahu, seorang Jeon Jungkook perlu bersabar menghadapinya juga. Dan ya, dia masih dapat hidup walaupun sudah 3 bulan kepalanya pening melayan ragam isterinya itu.
"Eunha ya! "
Eunha yang sedang fokus meneliti pelan pembangunan di skrin komputer di hadapannya itu langsung terganggu fokusnya apabila namanya tiba-tiba dilaung agak lantang itu. Dia mengangkat kepalanya, memandang rakan satu pejabat dengannya yang berada di muka pintu itu.
Ya, Eunha kini sudah ditempatkan dalam sebuah ruang pejabat persendirian bersama seorang lagi rakan seruangan dengannya, Jung Haera, memandangkan wanita ini juga menjawat jawatan yang sama seperti Eunha iaitu penyelia tapak.
Dan ya, Eunha sudah berjaya mendapat jawatan sebagai penyelia tapak di syarikat yang besar ini sebaik saja tempoh percubaannya selesai 3 bulan yang lalu. Ini bermakna, dia sudah mendapat posisi yang tetap dalam syarikat itu dan bukan lagi seorang newbie. Dan ini secara tidak langsung membuatkan Eunha menjadi seorang wanita yang lebih sibuk dan diperlukan dalam jabatan hampir setiap masa.
"Eoh waeyo, eonnie?" sahut Eunha sambil memandang Haera yang agak termengah-mengah itu, mungkin baru lepas berlari.
Wanita yang tua dua tahun dari Eunha itu mengurut dadanya ringkas bertujuan untuk mengurangkan sikit rasa termengahnya itu. Dia kemudiannya memandang wajah polos Eunha itu.
"Pengurus Jung suruh print out plan untuk projek latest kita bincang semalam tu sekarang jugak. Collaborators dari Ilsan tu dah nak sampai. Lagi 10 minit meeting nak start" jelas Haera satu nafas dengan mata yang agak membulat itu, kesan dari gelabahnya yang baru mendapat berita mengejut soal itu.
"Eoh? Jeongmal-yo? Aduh, saya baru tengah cek error tadi, eonnie! " tukas Eunha yang secara tidak langsung terjangkit gelabah dari Haera itu.
"Ala, tak ada error tu. Print out je dulu. Dah tak sempat nak sambung cek error tu, Eun!" seloroh Haera yang menggesa Eunha itu. Dia berjalan masuk ke dalam pejabat dengan kabutnya.
"Ah, araso araso! Saya pergi dulu, eonnie!" pamit Eunha tergesa-gesa seraya mencabut keluar pendrive yang dicucuk pada bahagian tepi komputer itu. Dia kemudiannya langsung menapak laju ke arah pintu keluar pejabat.
"Eoh, jumpa dekat bilik meeting nanti!" pesan Haera agak lantang yang kalut-kalut duduk di kerusinya itu.
"Eoh! " respon Eunha ringkas sebelum menapak keluar dari ruang pejabat itu dengan langkah yang pantas. Dia berjalan menuju ke bilik fotostat yang terletak agak jauh dari pejabatnya itu.
"Aduhh, kenapalah mengejut sangat collaborators ni datang pun? Bukannya nak bagitahu awal-awal haa. Tahu-tahu lagi 10 minit nak sampai" bebel Eunha sendirian sambil kakinya setia melangkah laju. Dia menilik jam di pergelangan tangannya.
"Halahhh, sempat ke ni? Dah la nak kena print--"
Buk!
"Ommo!" jerit Eunha spontan apabila tubuhnya drastik hilang keseimbangan kesan dari seorang lelaki yang tiba-tiba merempuhnya dari arah sebelah kanan itu.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fiksi Penggemar[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...