YEHET
MACAM BIASA, PUKUL 12
HA VOTE COMMENT TOLONG
DAH, HEPY READING HEHEHHEHE
"Sayang, awak ada masalah ke dekat office?" soal Eunha prihatin sambil memandang figura Jungkook yang sedang menghadap cermin di almari, ligat membutangkan kemeja di tubuhnya itu."Hm? Tak ada la. Okey je" balas Jungkook setelah menoleh sekilas ke belakang memandang Eunha yang sedang duduk di atas katil.
"Betul?" soal Eunha masih meragui jawapan Jungkook itu. Keningnya dijongket sebelah.
"Ye, okey je" jawab Jungkook setelah menganggukkan kepalanya, cuba meyakinkan isterinya itu.
Eunha langsung mencebikkan bibirnya. Masih tidak berpuas hati dengan jawapan suaminya itu.
"Habis tu kenapa dua hari ni awak balik lewat? Semalam dah nak dekat pukul 10 malam baru balik. Hari dekat rumah puan Choi pun around time tu jugak awak balik. Why?" tukas Eunha yang berbaur bentakan dan penasaran.
"Oh, waktu tu kebetulan je. Semua tu sebab saya tiba-tiba ada appoinment, ada hal. Jadi, saya pun tak boleh buat apa lah. Lagipun, bukan dalam plan saya pun" jelas Jungkook lancar seraya mengakhiri sesi membutang kemejanya itu dengan kemas.
"Semalam pun?" soal Eunha dengan kening yang dijongket sebelah.
"Iya, sayang" jawab Jungkook lembut sebelum menoleh sekilas ke belakang lalu mengulum senyuman singkat buat Eunha bagi mententeramkan hati wanita itu.
Eunha perlahan mengeluh kecil. Perasaannya bercampur-baur. Dia memang mahu memahami situasi pekerjaan suaminya itu namun dalam masa yang sama hatinya memberontak protes.
"But, still. Semalam tu. At least, inform la saya dulu. Saya risau tau tunggu awak balik. Call tak jawab, mesej tak reply. Phone tu off selalu haa" tukas Eunha agak membentak itu dengan sebal itu. Figura Jungkook itu setia ditenungnya.
Jungkook langsung tersenyum kecil tika mendengar bebelan ringkas Eunha itu. Dia mengangguk kecil.
"Iye, sorry. Lepas ni, saya inform ye?" respon Jungkook mesra sebelum meraih sehelai tali leher yang berada di penyangkut itu. Lipatan kolar kemeja dibuka lalu tali leher berwarna hitam itu dililit. Kemudian, disimpul dan diketatkan. Lalu, kolar dilipat semula.
Ya, pagi ini dia berdikari-
Mood orang itu nampak macam tak mengizinkan pagi ini. Jadi, dia tak mahu ambil risiko-
"Awak macam makin busy je sekarang..." lirih Eunha perlahan sambil menatap figura Jungkook dengan tatapan kesal.
"Saya tak boleh nak buat apa-apa, sayang. Tu semua kerja" tukas Jungkook tenang sambil membetulkan tali leher dan kemejanya.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fiksi Penggemar[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...