OKEY EKCELI AKU ALMOST LUPA NAK APDET HARINI-
MUJUR ADA PAMOGA- LAH TIBE
HA TOLONGLAH VOTE ;-;
COMMENT JUGAKK♥
YE HEPI READINGGGGGG
"Yeon kenal ye dua orang auntie tadi?" soal Eunha sambil memandang Mi Yeon yang sedang berselera makan yang duduk berhadapan dengannya itu.
"Eoh. Dua orang auntie tu duduk dekat pejabat mama. Diorang selalu jugak tegur Yeon kalau Yeon pergi pejabat mama" balas Mi Yeon sebelum meneruskan sesi melantak bibimbap nya itu.
"Ah, jadi semua orang yang kerja dengan mama, Yeon kenal ye?" soal Eunha lagi dengan nada lembut.
"Umm, haah. Eh tapi, ada jugak yang Yeon tak kenal. Hehe" jawab Mi Yeon sebelum tersengih kecil. Seterusnya, dia sambung menyuap bibimbap di hadapannya itu ke dalam mulut dengan berseleranya.
Eunha tergelak kecil melihat celoteh kanak-kanak 5 tahun itu. Tangan kanannya kemudian bergerak mengelap kesan comot di bawah bibir Mi Yeon itu.
"Ha, dekat sini rupanya budak bertuah ni"
Mi Yeon yang sedang tersengih suka dek perlakuan Eunha itu langsung menoleh ke tepi apabila mendengar suara yang amat dikenalinya.
"Eh, mama!" laung Mi Yeon teruja sambil tersengih lebar.
Chaeyeon hanya berdecit perlahan dek reaksi yang diberikan anaknya itu sebelum tangannya naik mengusutkan ringkas rambut sang anak.
"Mama,tengok lah. Yeon makan bibimbap!" seloroh Mi Yeon riang sambil mengetuk mangkuk besi yang berisi bibimbap itu menggunakan penyepit.
"Bibimbap lagi? Baru semalam je kan makan bibimbap" tukas Chaeyeon seraya mengambil tempat di sebelah Mi Yeon.
"Ala, hari ni teringin lagi" balas Mi Yeon sebelum menayang sebaris giginya buat sang ibu.
Chaeyeon hanya menggeleng kecil. Dia kemudiannya memandang Eunha di depan.
"Sorry lah, Eun. Tak pasal-pasal kau kena jadi babysitter budak ni pulak" tutur Chaeyeon sebelum menyerabutkan rambut anaknya itu dengan selambanya.
"Mama! Nanti rambut Yeon gugur semua macam mana? Mama ni!" bentak Mi Yeon protes yang dengan gelabahnya memegang kepalanya sambil menjeling tajam Chaeyeon di sebelah.
"Biar botak. Padan muka" balas Chaeyeon yang sengaja mengusik anaknya itu.
"Ish, mama ni!"
"Apa? Baguslah botak. Nanti tak ada lah mama nak kena ikat rambut Yeon setiap masa" tukas Chaeyeon yang masih dalam fasa menyakat budak 5 tahun itu. Dia kemudiannya menjelirkan lidahnya.
"Ish. Tak nak kawan mama" seloroh Mi Yeon dan menjeling ibunya itu penuh protes.
"Tak nak kawan sudah" balas Chaeyeon bersahaja,tak mahu kalah.
Eunha yang hanya jadi penonton pertengkaran dua beranak itu sekadar tergelak kecil. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.
"Ah, tak jadi masalah pun pasal tu, Chae. Kan aku dah cakap banyak kali, Mi Yeon ni dah macam anak aku sendiri je. Tak adanya istilah 'babysitter' tu" tukas Eunha sebelum mengukir senyuman buat Chaeyeon.
"Ye lah, tapi kan kau baru je balik dari U. Penat-penat balik, kena jaga budak tak reti duduk diam ni pulak" ujar Chaeyeon sebelum tersenyum kecil.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfic[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...