🔷47

251 55 245
                                    

HA EKCELI PUKUL 11 TADI LAGI AKU NAK APDET TAPI WIFI MACAM HAROMMM-

OKEY SOWI 3 HARI TAK APDET HSHSHSHSH

HA SILA LAH BACAAA

VOTE COMMENT YE!













"Kamsahamnida~" ucap Eunha bernada mesra sebaik saja satu dulang berisi hidangan ringkas diletakkan oleh seorang jururawat ke atas meja yang memang wujud di katilnya itu. Bibirnya mengukir senyuman manis buat jururawat perempuan itu.

"Ne,massikae deuseyo~" balas jururawat itu turut mesra. Dia mengukir senyuman manis sebelum menapak keluar dari wad persendirian Eunha itu.

massikae deuseyo= selamat menjamu selera

Sebaik saja jururawat itu keluar dari wad, Eunha terus mengalihkan perhatiannya pada hidangan di hadapannya itu. Semangkuk sup rumpai laut bersama semangkuk nasi putih. Ya itu saja. Oh, ada lagi dua makanan. Sebiji epal merah dan sebotol air mineral.

Ya. Itu sahaja.

Eunha langsung mengangkat kepalanya apabila bunyi pintu dibuka menarik perhatiannya. Dia memandang figura Jungkook yang menapak masuk ke dalam sambil tangannya sedang memasukkan telefon pintarnya ke dalam poket seluar. Lelaki itu keluar sebentar tadi hanya untuk menjawab panggilan.

"Diorang dah hantar makanan?" soal Jungkook sambil kakinya melangkah menghampiri katil Eunha.

Eunha menganggukkan kepalanya terlebih dahulu sebelum bersuara.

"Eoh. Sup rumpai laut je, awakk" jawab Eunha berunsur rungutan itu sambil mencebikkan bibirnya. Dia memandang Jungkook yang sedang melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan katilnya. Kononnya mahu mengadu.

"Oh ye? Sedapnya makanan dia~" balas Jungkook meleret dengan senyuman, sengaja mahu menyebalkan isterinya itu.

Lesap serta-merta muncung Eunha dek respon Jungkook itu. Wajahnya berubah cemberut.

"Eeishhh" rengusnya sebal sebelum menjeling sekilas Jungkook di sebelah. Dia memalingkan kepalanya ke hadapan kembali lalu menunduk sedikit, melihat sajian ringkasnya itu.

Jungkook pula sedang terkekeh ketawa di sebelah, suka dapat menyebalkan isterinya itu. Maklumlah, beberapa hari lepas dia sudah menjadi seorang suami mithali, memberi layanan istimewa kepada wanita itu, makan minum semuanya dia dengan sukarelanya beli di kafeteria kantin yang jauh dari wad, menyakat dan mengusik pun tidak. Baik hati sungguh waktu itu. Dan sekarang, dia mahu mengqadha balik segala perangai menyakatnya itu kepada Eunha. Tak lengkap hidup kalau tak buat wanita itu sebal dengannya.

"Nah, suapkan" pinta Eunha bersahaja seraya menyua mangkuk plastik yang berisi nasi putih yang sudah dituang sup rumpai laut ke dalamnya. Ya bukan mangkuk besi tapi mangkuk plastik. Ini kerana pinggan mangkuk jenis besi lebih berat dan tidak bagus untuk orang yang baru lepas bersalin dek pergelangan tangan yang masih lemah.

[C] Trust [J.J.K] | BBP S2Where stories live. Discover now