HAI :)
HM SOWI DH LAMA TAK APDET
SMLM GUWE NGGAK SIHAT SIHH EHEHEHE
YA SILA LA VOMMENT
Jejak sahaja kakinya pada lantai di tepi pentas itu, langsung saja dia melepaskan keluhan berat. Dia memandang ke arah penonton sekali lagi dan hasilnya masih sama. Ayahnya tiada di situ.
"Mwoya...? aku tak pernah bayang hari bahagia aku hari ni turns out to be like this... " gumam Eunha kecewa sebelum mengemam bibirnya. Dia mengeluh berat.
"Dah la, Eunha. Kau bukan budak-budak, nak semua orang datang tengok kau naik pentas" tukas Eunha sendiri sebelum tersenyum kelat. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menghela kembali. Seterusnya, dia menggengam erat fail dan sijil di tangannya itu.
"Okey kajja. Kita cari appa. Manalah tahu appa pergi tandas ke tadi kan" omel Eunha yang cuba mententeramkan hatinya itu.
Dia menghayun langkahnya sambil matanya meliar ke sekeliling dewan, mencari figura tuan Jung. Langkah demi langkah, matanya masih setia memerhati ke arah bahagian penonton. Sehinggalah kecuaiannya ketika berjalan itu telah membuat dia tidak sengaja melanggar tubuh satu figura yang bertentangan dengan arahnya berjalan itu.
"Eo-Eoh, joseonghamnida" ucap Eunha drastik seraya membongkokkan tubuhnya 90°, tanda minta maaf. Seterusnya, dia menegakkan tubuhnya kembali. Dia sedikit mendongak memandang figura yang masih berdiri statik di hadapannya itu.
Bagai boleh luruh rahangnya tatkala melihat gerangan di hadapannya itu. Mulutnya sedikit melopong. Terkaku seketika seketul Jeon Eunha dibuatnya.
"Hai sayang" sapa figura itu mesra dengan senyuman manis di bibir. Dia menyengetkan juga kepalanya, menambahkan lagi kemesraannya dalam menyapa wanita di hadapannya itu.
Ya. Dia lah. Jeon Jungkook.
Terkelip-kelip kedua-dua biji mata Eunha melihat keberadaan lelaki yang kini sedang tersenyum padanya itu. Eunha menggaru perlahan pipi gebunya. Masih bingung dengan situasi mengejut ini. Manalah tahu dia cuma berhalusinasi sahaja tentang keberadaan Jungkook di hadapannya itu.
Eunha menyengetkan sedikit kepalanya untuk menilik setiap sudut wajah sempurna Jungkook. Manalah tahu ada perbezaan di sudut wajah Jungkook itu. Barulah dia boleh yakin yang lelaki di hadapannya ini cuma pelanduk dua serupa Jeon Jungkook.
Mengarut kan?
Tapi, lagi mengarut kalau Jeon Jungkook yang sepatutnya masih ada di Busan itu tiba-tiba muncul di hadapannya hari ini. Aneh. Bukan apa, baru saja pagi tadi Jungkook memberitahunya di hujung talian yang dia akan pulang ke Incheon esok memandangkan masih banyak perkara yang perlu diselesaikan.
Habis, depan dia ni siapa pula?
Cerita seram apa ni?
"Hey, mengelamun apa?" soal Jungkook seraya memetik jarinya di hadapan wajah Eunha, bertujuan menyedarkan wanita itu ke realiti.
Eunha yang langsung tersedar dari lamunan itu terkebil-kebil memandang Jungkook di hadapan. Lelaki itu tersenyum kecil sebelum berdecit.
"Mwoyaaa? Saya fikir bila saya muncul mengejut macam ni, sayang akan excited overload. Eh, turns out dia berangan pulak" bentak Jungkook sambil mengecilkan kedua-dua matanya, merenung wajah polos Eunha seolah-olah dia memprotes.
"Eo-Eoh, eoh. Tak, saya rasa macam berhalusinasi je ni. Betul ke awak Jeon Jungkook ni?" soal Eunha sambil bulat-bulat matanya memandang wajah Jungkook di hadapan.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfic[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...