IYA APA SALAHNYA KITA APDET LEWAT BURGINI-
HAH SILA BACA
VOTE TAUU
"Eonnie, dah ada dekat mana tu?"
Eunha menarik senyuman kecil tika mendengar soalan Hae Jung dari hujung talian yang bergema di dalam keretanya itu.
"Eoh, ni. Dah sampai dah" balas Eunha seraya menarik brek tangan di tengah. Dia kemudiannya meraih telefon pintarnya yang diletakkan di bangku sebelah itu dan dilekapkan ke telinga.
"Ohh, okey. Tak ada lah, si Jungwon ni sibuk tanya mummy dia bila nak datang"
Eunha tersenyum kecil. Dia mengangguk perlahan. Wajarlah anak kecil itu sibuk mahu bertemunya dek semalam ditinggalkan di rumah atuknya lagi. Pulang tadika hari ini pun dijemput Hae Jung. Pendek kata, tak akan senang duduk budak itu kalau tidak dekat dengan ibunya.
"Iye, iye. Baru nak keluar kereta ni ha"
"Alright. Hae tunggu dekat dalam je eh?"
"Iye"
Beep.
Panggilan diputuskan Eunha. Dia kemudiannya memasukkan telefon pintarnya itu ke dalam beg tangan. Lalu, dia mengeluarkan foundation pula. Barang solek yang bercermin itu dibuka lalu dia menilik hujung bibir dan pipinya yang lebam dan terluka itu namun cuma terlihat samar-samar. Berkat solekannya yang agak tebal. Lebih kepada krim foundation dan bedak asas tebal.
Eunha menghela nafasnya perlahan. Dia menambah lagi dengan tipis krim foundation ke tempat yang terluka dan kemerahan itu agar tidak disedari sesiapa nanti. Siap semuanya, dia menyimpan semula ke dalam beg tangannya. Lalu, dia pun keluar dari keretanya.
Kaki melangkah masuk ke perkarangan rumah agam Choi Im Hwa dengan langkah yang rapi. Tiba saja di depan pintu, dia langsung mengetuk pintu tersebut. Terasa formal kalau menekan loceng.
"Ye, datanggg!"
Kedengaran lantang suara seorang Hae Jung dari dalam. Tak memakan masa yang lama, pintu pun dibuka oleh wanita itu.
"Ha, eonnie. Masuk lah" pelawa Hae Jung dengan senyuman kecil seraya memberi laluan kepada kakak iparnya itu. Eunha pun mengangguk dengan senyuman lalu melangkah ke dalam.
"Jungwonnn, ni mummy dah datang ni!" laung Hae Jung mesra sebaik saja menutup pintu rapat. Dia mengatur langkah di belakang Eunha.
"Eoh,nanti eh, mummy! Ada cerita best ni!" seloroh Jungwon seraya memandang sekilas ibunya yang berhampiran pintu depan. Lalu, mata kembali difokuskan pada televisyen.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Фанфик[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...