VOTE!
COMMENT!
TQ
8.15 am
"Okey, siap!" omel Eunha riang tatkala selesai menyusun beberapa roti yang siap dibakar di atas satu pinggan berbentuk segi empat yang berpermukaan luas itu. Dia kemudiannya mengangkat pinggan itu lalu dibawa ke meja makan. Seterusnya, dia mencapai teko bersaiz sederhana yang berisi air Cappuccino hangat itu lalu dituang ke dalam sebiji cawan.
Baru saja Eunha ingin menuang air berkaffein itu ke dalam cawan seterusnya, telinganya menangkap bunyi derapan kaki memijak tangga. Serta-merta dia menghentikan aktivitinya. Kepala diangkat seraya itu mengulum senyuman. Benar apa yang didengarinya tadi iaitu bunyi orang menurun tangga. Siapa lagi kalau bukan Jeon Jungkook.
"Awak--"
"Sayang, saya pergi office dulu, eoh? Bye" pamit Jungkook dengan sekali harung. Dia sangat kelihatan tergesa-gesa ketika itu. Eunha di dapur hanya dikerling sekilas. Dia berjalan menuju ke ruang tamu sambil tangan kanannya ligat mengancing butang lengan baju kirinya.
"Eh, awak tak nak breakfast dulu ke?" soal Eunha seraya meletakkan teko yang di pegangannya itu ke atas meja. Dia langsung menghayun langkah ke ruang tamu untuk menemui suaminya yang sedang tergesa-gesa itu. Kelihatan lelaki yang hanya berkemeja lengan panjang berwarna putih itu sedang menyusun kertas-kertas kerjanya di atas meja itu lalu dimasukkan ke dalam fail dengan pantas.
"Sorry. Tak sempatlah, sayang. Tiba-tiba je diorang tukar schedule meeting sejam awal" balas Jungkook dan mengukir senyuman kecil sekilas buat Eunha sebelum dia meneruskan aktivitinya.
Eunha hanya mengangguk kecil. Dia sekadar melihat gerak-geri Jungkook sehinggalah lelaki itu selesai menyusun bahan kerjanya itu dan berdiri.
Jungkook berdiri dan langsung menghayun langkahnya ke arah Eunha yang hanya statik berdiri di situ.
"Sorry, okay? Saya memang rushing sangat ni, sayang. Saya pergi dulu,hm?" tutur Jungkook lembut sejurus memeluk ringkas tubuh kecil Eunha itu. Setelah itu dia meleraikan pelukannya dan menepuk perlahan pipi gebu Eunha.
Eunha berdecit perlahan sebelum tersenyum. Dia sekadar menganggukkan kepalanya.
"Bye. Jumpa nanti, okey" pamit Jungkook seraya memusingkan badannya untuk menuju ke pintu depan. Namun, suara Eunha membantutkannya pula.
"Eh, awak, necktie!" ujar Eunha sebelum mengambil tali leher yang berada di atas kabinet bersebelahan kabinet televisyen itu.
"Eoh" balas Jungkook yang baru teringat akan itu. Dia memusingkan badannya kembali.
"Nah" tutur Eunha seraya menghulurkan tali leher itu kepada Jungkook yang sedang berjalan ke arahnya itu.
"Pakaikan" arah Jungkook bersahaja sebelum menjuihkan bibirnya, menunjuk tali leher yang berada di tangan Eunha itu.
"Eh, pakai la sendiri dalam kereta nanti. Kan awak dah lambat sangat nak pergi meeting kan?" tukas Eunha selamba dengan biasanya menayang wajah polosnya. Ayatnya itu memang kedengaran sarkastik, sedangkan dia langsung tidak merancang untuk melontarkan ayat sejenis itu pun.
"Ala, sempat ni kalau sayang yang tolong pakaikan. Ada lagi ni masa dalam 2-3 minit" seloroh Jungkook dengan selambanya.
Eunha mengecilkan kedua-dua matanya, merenung lama wajah selamba suaminya itu. Dia kemudiannya berdecit perlahan.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfiction[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...