[16 votes+20 comments]
YEEE SAYA KEMBALI LEPAS 4 HARI TAK APDET
SORI YA SORI EM
AKU MASIH BERMURUNG NAK KENA SEKOLAH NEXT WEEK EVEN PKP
AH DAH TAK PYH CKP PAPE PASAL TU
SENTISIF!
K DAH SILA BACA
VOMMENT JGN LUPA
"Sayang, sayang, sayang" panggil Eunha dengan riangnya sambil menggoncang perlahan lengan Jungkook berkali-kali.
"Ye, ye kenapa?" sahut Jungkook serta-merta seraya memandang Eunha di sebelah. Sepasang matanya ditumpukan pada wajah teruja isterinya itu.
"Jom kita pergi makan dekat restoran tu!" ajak Eunha teruja sambil menundingkan jarinya ke arah sebuah restoran yang berjarak kira-kira 15 meter dari mereka. Telatahnya itu sudah tidak tumpah seperti kanak-kanak riang.
"Lah, kan awak baru lepas makan spageti tadi" balas Jungkook dengan dahi yang sedikit berkerut itu. Hairanlah juga. Tak sampai 10 minit mereka selesai menjamu selera di restoran makanan Itali tadi, alih-alih wanita itu sudah lapar dulu.
"Ala ye la, tadi dah makan tapi sekarang saya lapar makanan lain pulak" tukas Eunha sebelum mencebikkan sedikit bibirnya.
Jungkook memandang lama Eunha yang beriak wajah berunsur pujukan itu. Dia kemudiannya berdecit perlahan.
"Okey,lapar apa? Bagitahu" tutur Jungkook dengan keningnya yang diangkat sebelah.
Eunha yang tadinya menayang wajah dengan cebikan di bibir itu drastik tersengih suka dengan respon Jungkook itu.
"Gochujang ramyeon!" seloroh Eunha riang dengan mata yang seakan bersinar-sinar itu memandang Jungkook.
Gochujang Ramyeon=Noodles with spicy chili paste
"Okey, tak boleh" balas Jungkook serta-merta dengan wajah tenang.
Drastik ekspresi riang di wajah Eunha tadi lesap dek jawapan suaminya itu.
"Ah waeeeee?" rungut Eunha yang langsung membentak itu. Dahinya berkerut-kerut, protes.
"Obviously, because it's not good for you" jelas Jungkook ringkas sebelum mengukir senyuman kecil buat isterinya yang membentak itu.
Memang tak dapat dinafikan, makanan yang diinginkan Eunha itu tidak bagus buatnya. Lebih tepat lagi, buat kandungan yang dibawanya itu. Ramen atau juga dikenali sebagai mi segera yang mengandungi bahan yang memudaratkan itu sememangnya tidak elok untuk kesihatan tubuh sesiapa saja, lebih-lebih lagi kepada wanita mengandung. Tambahan lagi, menu mi segera itu disajikan pula dengan pes cili yang tentunya pedas itu. Terang-terang ianya bukan menu yang sihat untuk Eunha.
"Nooo, it's gooddd!" tukas Eunha bersungguh.
"Tak,tak. Makanan lain" balas Jungkook yang langsung tidak memberi muka kepada isterinya yang degil itu.
Eunha merengus perlahan. Dia mengembungkan pipinya sambil merenung tajam wajah selamba Jungkook. Tentunya memprotes.
Jungkook hanya menayang wajah kosongnya. Sedikit pun tidak terkesan dengan raut wajah Eunha itu. Bibirnya selamba mengukir senyuman buat isterinya yang sedang menunjuk protesnya itu.
Eunha mencebikkan bibirnya sebelum mengeluh perlahan setelah menyedari bahwa tiada guna pun dia merenung suaminya itu bagai mahu tembus.
"Okey, fine. How about Jjampong?" soal Eunha yang akhirnya mengalah dengan menunya yang tadi. Dia memandang Jungkook dengan kening yang diangkat sebelah.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfiction[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...