HA GET READY ADA CAST BARU UFUFUFUFFUFUFU
HA YE SORRY 4 HARI TAK APDET ")
OK ENJOYY!
OH VOTE DULU ;)
"Siapa pulak datang ni? Malam-malam macam ni lagi. Food delivery ke apa?" monolog Jungkook hairan sambil kakinya laju menuruni anak tangga. Tiba di lantai aras satu,dia langsung menghayun langkahnya ke arah pintu depan.
Ting Tong!
"Yaish apa masalah dia nak tekan-tekan loceng rumah aku banyak kali ni?" omel Jungkook jengkel sebelum melihat pada paparan monitor skrin LCD yang memaparkan rakaman keadaan dari luar rumah bagi melihat gerangan yang berada di hadapan pintu rumahnya itu. Sangkanya dia dapat melihat wajah sang pengunjung itu namun malangnya figura itu membelakangi pintu,seolah tahu dirinya diperhati dari dalam.
Dahi Jungkook berkerut sedikit saat melihat figura yang dia pasti itu adalah seorang perempuan. Rambut panjang berwarna coklat gelap yang dibiarkan lepas itu betul-betul membuatnya dia sepertinya tidak asing dengan gerangan itu walaupun sedang membelakanginya.
"Hae Jung?" gumamnya sendiri,menebak. Lama dia perhati skrin monitor di dinding sebelah pintu utamanya itu. Dia yang mulanya tidak terlalu pasti dengan tekaannya itu drastik terjawab apabila perempuan itu memusingkan badannya menghadap pintu dengan sebalnya. Mungkin kerana dia menunggu lama di luar.
Jungkook langsung tersenyum kecil sebelum menarik gagang pintu,membuka pintu untuk si gadis di luar. Terpampanglah seorang perempuan cantik berberambut panjang paras dada dengan pakaian yang memang mengikut fesyen terkini. Wajahnya sedikit cemberut saat pintu dibuka dan apabila sepasang matanya tertancap pada seorang wanita di belakang yang tidak jauh dari mereka,
"Babyyyy!" Laung perempuan itu dengan agak lantang dan manjanya seraya mendakap erat tubuh seorang Jeon Jungkook yang tidak sempat bersuara pun lagi.
Terundur ke belakang sedikit Jungkook dibuatnya apabila tiba-tiba tubuhnya dipeluk begitu. Matanya sedikit membuntang,terkejut dengan tindakan perempuan itu.
"Awww i miss you sooooo muchh,babyyy!" tambah perempuan itu lagi dengan nada yang sama. Dia mengerling sedikit ke tepi bertujuan untuk melihat reaksi Eunha di belakang. Bibirnya langsung mengulum senyuman kecil dek reaksi tercengang yang ditunjukkan Eunha itu.
"Rasanya macam aku... Berjaya?" getus hatinya suka.
"Kau dah apa hal,bodoh? Benda kau merepek ni? Baby kejadahnya?" soal Jungkook yang jelas jijik itu seraya menolak tubuh gadis yang memeluknya erat itu. Dahinya berkerut jengkel sambil menatap wajah perempuan yang ketinggiannya lingkungan Eunha itu.
"Omonar! Apa mulut aku dah buat ni?" seloroh perempuan itu dengan mata yang membuntang sambil menampar-nampar bibirnya berulang kali. Raut wajahnya sangat geli-geleman tika itu.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfiction[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...