[15 votes+25 comments]
YE MAAP SMLM TAK SEMPAT NK APDET EHEHEEHEHE
DAH BACA JE LA MALAS NK BEBEL BYK
YA VOTE SILA
KAMONNNNN
"Aku..." tutur Eunha perlahan yang bernada agak kecewa itu. Satu keluhan kecil dilepaskan. Wajah redup Yuju ditatapnya.
"--Aku dah cakap aku tak nak berharap, Ju" sambung Eunha sebelum menundukkan kepalanya. Bibirnya diketap.
Yuju tersentak. Dia tergamam. Bibirnya dikemam. Drastik timbul rasa bersalah yang teramat dalam dirinya.
Kalau dia tak terlalu teruja menyuruh Eunha untuk bertemu doktor, kalau dia tak terlalu yakin dengan andaiannya bahwa Eunha mungkin mengandung dan kalau dia tak buat Eunha menaruh harapan disebabkan andaiannya itu, pasti dia kini tidak perlu melihat wajah kecewa rakannya itu. Yang jelasnya secara tidak langsung telah melukakan hati wanita itu.
"Na... " lirih Yuju perlahan sebelum perlahan bergerak memeluk tubuh kecil Eunha. Dia mendakap erat tubuh rakannya itu, melepaskan rasa bersalahnya pada diri bergelar Eunha itu. Digosok perlahan belakang rakannya itu.
"Na, sorry. Sorry sangat-sangat, Na. Aku tak sepatutnya buat kau berharap, Na. Aku terlalu excited dengan benda yang belum lagi pasti. Salah aku, Na. Sorry, Na. Sorry sangat" hambur Yuju penuh bersungguh sebelum mengetap bibirnya kuat. Sungguh dia rasa bersalah. Dan dalam masa yang sama, dia juga sangat-sangat marah pada dirinya buat masa ini.
Eunha tersenyum nipis. Dia membalas pelukan Yuju. Belakang tubuh rakannya itu juga digosok perlahan, bertujuan untuk memujuk wanita itu.
"It's okay, Ju. Really. It's okay" balas Eunha sebelum menepuk perlahan belakang Yuju. Dia kemudiannya perlahan-lahan meleraikan pelukannya bersama rakannya itu. Wajah kesal dan redup Yuju dipandangnya.
"Kau cakap macam tu, lagilah buat aku rasa bersalah, Na. Aku sepatutnya fikirkan perasaan kau dulu. Bukannya terkinja-kinja over something yang memang tak sure lagi" tukas Yuju kesal sebelum merengus perlahan. Bibirnya diketap.
Eunha tersenyum kecil. Dia menggelengkan kepalanya perlahan. Air mata yang hampir menitis itu laju disekanya. Bahu Yuju ditepuk perlahan, masih dalam fasa bagi memujuk rakannya yang sedang kesal dengan diri sendiri itu.
"Ju, know what? Aku memang tak nak berharap dari mula. Dan, kali ni memang aku dah tekad untuk tak berharap. And, aku berjaya untuk tak letak harapan, Ju" tutur Eunha sebelum tersenyum kecil.
Yuju hanya memandang saja wajah tabah rakannya yang sedang bersuara itu. Dia masih lagi kesal dengan dirinya. Rasa bersalah yang menyelubungi dirinya itu terlalu besar untuk diungkapkan.
"Dan,bila aku tak letak harapan, Ju, out of the blue. Out of the blue,hari ni, apa yang aku selalu harapkan dari dulu, tiba-tiba jadi kenyataan" sambung Eunha tenang sebelum mengemam bibirnya. Cuba berlagak biasa dengan tuturan berkiasnya itu.
Yuju drastik seperti dibekukan di situ. Kaku. Matanya berkelip-kelip, terkebil-kebil dengan apa yang baru didengarinya itu. Sangat sukar dipercayai.
"Mak-Maksud kau, Na?" soal Yuju bingung bercampur tidak menyangka itu. Matanya fokus ditumpukan pada wajah tenang Eunha itu.
Serentak dengan itu, bibir Eunha yang tadinya dikemam rapat itu langsung mengukirkan senyuman lebar. Senyuman yang sudah lama disembunyikan itu akhirnya diukir jua.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfiction[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...