🔷49

282 49 187
                                    

YA VOTE SILA :)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

YA VOTE SILA :)










Ting Tong!

"Ye, sekejap!"

Suara laungan ahjumma Lee dari dalam rumah kedengaran lantang. Dia berlari anak ke arah pintu hadapan lalu dibuka. Terpampanglah figura Jungkook dan Eunha yang sedang memangku Jungwon di muka pintu.

"Aigoo, kenapa tak balik esok je?" soal ahjumma Lee sedikit tidak berkenan dengan keputusan anak majikannya yang memilih untuk pulang dari hospital malam-malam begini. Seraya itu, pintu dibuka seluas-luasnya agar mudah untuk pasangan itu masuk ke dalam.

"Ni, mummy Jungwon ni lah. Dah tak boleh tunggu esok dah. Tahu-tahu je hari ni boleh discharge, pukul 8 lebih tadi dah nak kemas itu ini dah" jelas Jungkook bersahaja yang berbaur sindiran buat isterinya itu. Dikerling Eunha di sebelah.

Eunha hanya menayang sebaris giginya, tersengih comel buat wanita di hadapannya itu.

"Ha, tahu dah. Itu sebab degil pun sekali. Dah, meh masuk. Baik-baik jalan tu" tutur ahjumma Lee seraya menapak ke hadapan terlebih dahulu.

Eunha mengangguk kecil sebelum menghayun langkahnya perlahan sambil kedua-dua bahunya itu dipegang Jungkook, memimpinnya.

"Bilik korang ahjumma dah siapkan. Tapi bukan dekat tingkat atas ye. Tingkat bawah. Naik turun tangga tak elok nanti" ujar ahjumma Lee disertakan pesanan ringkas itu sebelum menoleh sekilas memandang pasangan di belakangnya itu. Ya, buat masa ini, Eunha dan Jungkook atau lebih tepat, keluarga kecil itu akan tinggal di rumah tuan Jung. Maklumlah, sepanjang bermula tempoh pantang Eunha ini, ahjumma Lee boleh uruskan apa yang patut.

"Eoh, baik ahjumma" balas Eunha akur dengan anggukan kecil walau jelasnya ahjumma Lee tidak melihat itu. Kakinya setia melangkah perlahan seiring dengan Jungkook di sebelah. Jungwon yang sedang lena di pangkuannya itu juga dipegangnya erat.

"Ha, sini bilik korang. Semua ahjumma dah siapkan. Termasuk katil si comel ni~" ujar ahjumma Lee setelah membuka pintu bilik tetamu yang terletak di hujung setelah ruang makan itu sebelum dia mencuit perlahan pipi kemerah-merahan Jungwon yang berada di pangkuan ibunya itu. Bibirnya tersenyum lebar.

"Okey, ahjumma. Gumawoo" ucap Eunha mesra dengan senyuman manis. Ahjumma Lee menganggukkan kepalanya sebelum bersuara.

"Ye lah. Sekejap, ahjumma pergi dapur kejap ye" pamit ahjumma Lee sebelum langsung beredar dari situ. Ada lah tu api tak tutup ke-

Eunha hanya tersenyum kecil sebelum menoleh ke belakang. Wajah sempurna Jungkook dipandang setelah dia mendongak sedikit.

"Sayang, awak pergi la ambil barang dalam kereta. Saya boleh jalan sendiri" tutur Eunha lembut sebelum mengukir senyuman buat lelaki di belakangnya itu.

"Eoh, okey. Hati-hati jalan tu. Jangan terlepas Jungwon pulak" seloroh Jungkook setelah menganggukkan kepalanya akur.

Eunha berdecit perlahan sebelum menyiku perlahan pinggang Jungkook.

[C] Trust [J.J.K] | BBP S2Where stories live. Discover now