OMONAR SUDAH HAMPIR 70 CHAP YE
HALAHHHH HALAHHHH
HA VOTE SILA
KO TAK VOTE AKU SUMPAH JADI SENDUK
Jungkook memandang Eunha yang duduk tidak jauh darinya itu. Dia sedang berkira-kira sama ada mahu memberitahu hal yang baru diketemuinya itu atau tidak. Walaupun besar kemungkinan itu semua mungkin agenda licik Choi Im Hwa, tapi dia tak boleh juga untuk yakin secara terburu-buru mengenai itu. Dalam masa yang sama, dia tak mahu juga memberi harapan kepada Eunha tentang anak mereka itu.
Kalau tiba-tiba gambar di laman web itu cuma kebetulan atau dimuat naik selepas 'projek membunuh' mereka itu macam mana?
Macam-macam kemungkinan boleh jadi benar.
Jungkook meraup wajahnya kasar. Kemudian, rambutnya diramas kuat. Dia sudah buntu mahu memutuskan apa. Dia tak boleh menggunakan bulat-bulat gambar yang terpapar di laman web itu sebagai bukti kukuh yang Jungwon sebenarnya tak dibunuh pun. Dia perlukan bahan lain yang dapat membuktikan lagi berkenaan itu.
Satu keluhan perlahan dilepaskan. Kepingan gambar 4R yang berada di atas meja itu diangkat kembali. Kemudian, ditilik sekali lagi, bersilih ganti dengan gambar yang terpapar di skrin telefonnya itu.
Lama dia meneliti dua gambar yang sama namun dalam media berbeza itu. Tenung punya tenung, matanya tiba-tiba terhenti pada kain bedung yang membalut tubuh kecil bayi malang di dalam gambar itu. Memang berlumuran darah namun masih ada sedikit bahagian yang tidak terkena cecair merah itu sepenuhnya.
Jungkook langsung merenung dengan lebih dekat gambar 4R di tangannya itu. Dia mahu mengenal pasti warna kain bedung yang membedung si kecil itu.
Kuning. Ya. Itu merupakan warna kain bedung itu.
Jungkook menjauhkan sedikit gambar itu dari wajahnya sebaik saja dia dapat mengecam warna kain bedung itu. Keningnya diangkat sebelah. Otaknya mula bekerja.
Kalau nak dikaitkan dengan wanita si pembantu rumah di hadapan rumah Choi Im Hwa yang mungkin menggendong seorang bayi itu, kain bedung itu berwarna biru muda. Kalau betul lah gerangan bayi yang didukung itu merupakan Jungwon, jadi mengapa kain bedung di dalam gambar itu boleh bertukar kuning pula? Apa motifnya?
Tiada motif kan? Bukannya Choi Im Hwa itu tahu yang dia terserempak dengan pembantu rumah wanita itu pun. Terang-terang wanita licik itu berada di rumah agamnya ketika itu.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfiction[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...