VOTE DULU OKEY💙
"Jjaaa~ cepat, cepat, nak habis dah~" gesa Eunha dengan nada meleret yang dimanjakan sambil satu sudu puri lobak merah disua ke arah Jungwon, anaknya yang sudah berusia 6 bulan itu.
Ya. Dua bulan telah berlalu. Seorang Jeon Jungwon ini sudah menjengah usia enam bulan pun. Tiada banyak perubahan dari segi fizikal. Pipi kekal tembam. Mungkin lagi berisi. Di usia si kecil itu sekarang,sistem penghadamannya sudah agak matang dan bersedia untuk menerima serta menelan makanan pejal. Dek kerana itu, bertambah 'sihat' lah si tembam itu.
"Aigoo, jalhaessoyo~" puji Eunha mesra dengan senyuman lebar tatkala suapan terakhir puri lobak merah itu disambut Jungwon dengan akur dan polosnya. Bergerak-gerak pipi gebunya itu tika mengunyah renehan lobak merah itu.
"Okey, dah habis~" tutur Eunha ceria seraya menunjukkan mangkuk kecil yang cuma berbaki sisa puri kepada Jungwon yang duduk di atas bangku khas bayi bersebelahannya itu. Bulat-bulat mata si kecil itu melihat mangkuk makanannya yang sudah kosong itu. Tatapan polosnya itu kemudian bergerak memandang ke arah sang ibu pula.
"Wae?" soal Eunha dengan nada yang terselit tawa halus dek tercuit hati dengan raut wajah comel anaknya itu. Mangkuk kosong di tangannya itu diletakkan ke atas meja. Kain napkin yang berada di leher si kecil itu ditanggalkan lalu dilap sekilas di sekeliling mulutnya.
"Okey, dah" ujar Eunha seraya meletakkan kain napkin itu di atas meja kecil di bangku bayi itu. Kemudian, dia berdiri lalu dia langsung mengangkat tubuh kecil Jungwon ke pangkuannya. Setelah itu, dia mengubah posisi tubuh anaknya itu ke lengan kirinya bagi memudahkannya untuk mengambil mangkuk kecil di atas meja itu.
Eunha kemudiannya melangkah ke arah sinki. Paip dibuka lalu dia membilas-bilas mangkuk kecil anaknya itu di bawah air. Sudu kecil berwarna biru muda itu juga dibilas ringkas. Setelah itu, dia meletakkan dua objek yang selesai dibasuh itu ke dalam bekas penyejat di tepi. Jungwon di dalam dukungan hanya memerhati ibunya itu membuat kerja dengan senyap.
"Dah siap~" tutur Eunha girang dengan meleret seraya memandang wajah polos Jungwon di sebelah. Dicuit lembut pipi anaknya itu dengan senyuman.
"Lepas tu, kita nak buat apa? Kita tidur eh?" soal Eunha kepada Jungwon dengan sepenggal senyuman. Soalan terakhir Eunha itu cukup membuatkan Jungwon lantas memalingkan badannya seolah memberi respon menolak ajakan ibunya itu. Tentunya dia tak mahu tidur. Permainannya yang bermacam-macam di ruang tamu itu sedang menunggunya kot.
Eunha langsung terkekeh kecil melihat respon pantas si Jeon Jungwon itu.
"Eh, awak tak tidur dari pagi tadi lagi tau" tutur Eunha bernada mengusik sambil menunjal-nunjal lembut belakang tubuh Jungwon itu. Langsung merengek protes si kecil itu yang sepertinya mengerti dengan tuturan ibunya yang seakan menyuruhnya untuk tidur jua.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fiksi Penggemar[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...