YEEHAAAA
ALAHAI LEWAT PULAK APDET NYE-
TAKPELAH HALAL JE LA YG APDET NI DAILY APDET HAHAHAHA
TRY HARD NAU
DH LA
VOMMENT WOI!
thanks :)
HAH SELAMAT MEMBACAA
2.24 pm
"Yuju, aku balik dulu. Jalga" pamit Eunha mesra seraya berlari anak ke arah pagar besar universiti.
"Eoh, kirim salam dekat husb--"
Eunha yang masih tidak berjarak terlalu jauh dari Yuju itu langsung memusingkan badannya dan mengangkat penumbuk kecilnya itu setelah mendengar pesanan berbaur menyakat rakannya itu.
Yuju langsung terkekeh dek reaksi yang diberikan Eunha itu yang baginya kelihatan comel itu.
Eunha menjeling tajam Yuju sekilas sebelum dia kembali memusingkan badannya ke hadapan dan meneruskan langkahnya.
"Saja je nak sakat aku kan? Haih, sabar je lah" omel Eunha sendiri sebelum berdecit perlahan. Kakinya setia melangkah menuju ke luar pagar. Sempat dia ukirkan senyuman buat pengawal keselamatan yang berada di pondoknya itu.
Eunha berjalan menghampiri kereta sedan berwarna putih yang elok terparkir di tepi tembok luar universiti. Dia kemudiannya membuka pintu kereta itu lalu langsung masuk ke dalam perut kenderaan itu.
"Aneong" sapa seketul Jeon Jungkook serta merta dengan mesra sebaik saja isterinya itu masuk ke dalam kereta.
"Eoh, " sahut Eunha ringkas dengan senyuman kecil seraya meletakkan beg galasnya yang bersaiz sederhana itu di seat belakang.
"Awal awak datang hari ni. Tak ada apa-apa schedule ke?" soal Eunha membuka topik seraya memandang sekilas Jungkook di sebelah. Tali pinggang keledar ditarik lalu dipakaikan di tubuhnya.
"Eoh,pagi tadi kosong," balas Jungkook sambil menurunkan handbrake. Dia mengerling sekilas ke arah cermin sisi kereta sebelum mengilas stereng ke arah kanan dan menekan pedal minyak untuk masuk ke jalan apabila memastikan tiada kenderaan yang muncul dari belakang.
"Oh, sekarang?" soal Eunha seraya menoleh memandang suaminya di sebelah itu. Kelihatan lelaki itu sedang fokus memandu.
"Pukul 3 nanti saya ada meeting. So, how about kalau sayang ikut sekali pergi company? Ke, sayang penat? Nak balik rumah?" soal Jungkook bertubi-tubi seraya memandang sekilas Eunha di sebelah. Dia kembali memandang ke arah jalan raya.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfic[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...