🔷12

330 72 166
                                    

HAIII UHUK

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HAIII UHUK

ITS BEEN A LONG TIME YAA EHE

MAAPLA AUTHOR ANDA NI LATELY BUSY BETHOL

YE DAH, SILAKAN VOTE COMMENT AND HAPPY READINGGGG















Drrrtt Drrrtt!

Telefon pejabat yang berdering satu pejabat itu langsung diangkat gagangnya oleh Jungkook.

"Ne, yeobuseyo?" respon Jungkook dengan tangan kanannya yang melekapkan telefon di telinga manakala tangan kirinya setia menyelak helaian kertas kerja di atas meja.

"Ah, pasal tu. Baik, teruskan" arah Jungkook setelah mendengar tujuan gerangan yang mendail itu. Dia meletakkan telefon itu di atas meja dan mula mencapai fail dan kertas kerja yang berkenaan. Dia kemudiannya menilik teliti fail di tangannya sambil  telinganya fokus mendengar penjelasan panjang gerangan di corong telefon itu. Sesekali dia menanda bahagian yang penting menggunakan pensel di tangan.

Sedang lelaki bekerjaya itu sangat fokus dan sibuk dengan hal kerjanya, seorang Jung Eunha yang sedang duduk di atas sofa itu hanya mampu memerhati sahaja kesibukan Jeon Jungkook dengan kerjanya itu.

Sejak dari mereka selesai menjamah makanan yang dibawa Eunha itu, Jungkook langsung tidak berhenti dari melakukan hal kerjanya, walaupun untuk seminit. Dari tadi, hanya bunyi papan kekunci komputer ditekan-tekan, bunyi telefon berdering terus-menerus dan bunyi helaian kertas diselak sahaja yang kedengaran dalam pejabat luas ini.

Jam sudah menunjukkan pukul 6.20 petang, bererti waktu bekerja sudah tamat 20 minit yang lalu. Namun, melihat Jungkook yang seperti tidak berkesudahan menjawab panggilan telefon, menghadap komputer, menyemak fail dan dokumen, sepertinya lambat lagi mereka akan pulang ke rumah.

Eunha sudah buntu mahu melakukan apa ketika ini. Semuanya sudah menjadi jemu dan bosan buatnya. Sejak jam 2 petang tadi, dia hanya menghadap sahaja telefon pintarnya itu. Hampir semua aplikasi sudah dia tinjau. Dan hasilnya, dia sudah dilanda kebosanan yang melampau sekarang ini.

Sebenarnya, kalau berkaitan dengan aplikasi Instagram ini, tiada istilah bosan. Laman Newsfeed yang tidak berkesudahan muncul itu takkan pernah membuatkan kita bosan. Cumanya, bagi hal Eunha ini, dia tak dapat fokus untuk melakukan hal itu. Soalnya, fikirannya asyik melayang ke arah lain.

"Ah, molla molla" omel Eunha sebal seraya meletakkan telefon pintarnya di atas meja di hadapan sofa itu. Dia menyandarkan tubuhnya pada sofa sambil memejamkan matanya. Satu keluhan kecil dilepaskan.

"Aish, bosannn" gumam Eunha perlahan seraya menekup wajahnya. Dia sedikit menghentak kakinya untuk melepaskan sebal yang terasa. Seterusnya, dia cuba tenangkan dirinya dengan mencuba mengosongkan fikirannya yang agak celaru itu.

[C] Trust [J.J.K] | BBP S2Where stories live. Discover now