IYA JARANG II YE AWAL
HA VOTE SILA
SEYA AKAN HARGAI SANGAT KALAU ANDA SUDI MENGOMEN JUGA :)
IYA SELAMAT MENYENDU
EH
TAK
SELAMAT MEMBACA☺
"Sayang"
"Sayang"
"Sayang"
"Ah,sayanggg!" panggil Eunha sebal dek Jungkook yang langsung tidak menyahut dan cuma melangkah ke hadapan tanpa mempedulikannya di belakang. Bibirnya diketap sambil kaki setia mengejar langkah sang suami.
"Awakkk,seriously--"
Tak sempat Eunha memulakan bentakannya, bicaranya terputus tatkala Jungkook di hadapan mendadak menghentikan langkah dan memusingkan badan menghadapnya. Hampir saja dia merempuh tubuh suaminya itu. Kepalanya didongakkan sedikit, memandang raut wajah tegang Jungkook di hadapan.
Satu keluhan kasar dilepaskan Jungkook sebelum bersuara.
"Saya dah bagitahu,Jeon Eunha. Saya dah bagitahu yang saya tak suka awak dekat dengan perempuan tua tu" tutur Jungkook senada sambil menatap wajah polos isterinya itu.
"Ye,tapi saya cuma cakap sikit je dengan dia--"
"Dengan orang yang dah banyak buat awak menderita?" soal Jungkook drastik dengan kening yang diangkat sebelah. Sedikit pun tiada nada mesra di dalam suaranya.
Eunha sedikit tersentak. Dia mengemam bibirnya bersama tatapan lembut pada wajah Jungkook.
“Sayang...benda tu dah lepas. Just lupakan--"
"Mudahnya awak nak lupakan benda yang banyak bagi kesan dekat kita,Jeon Eunha" ujar Jungkook berbaur sarkastik disertakan tatapan kesal.
Eunha tergamam sebentar. Dia menilik wajah tegang yang ditayang Jungkook di hadapan. Bibirnya dikemam rapat sambil di benak fikiran, dia cuba menyusun ayat untuk dilontarkan perlahan kepada lelaki yang sedang kesal dan marah dengannya itu.
"Okey,sayang,macam ni. Saya dah bagitahu dekat awak yang saya memang nak cuba berbaik dengan puan Choi. Jadi,bila saya terjumpa puan Choi tadi,saya tak fikir apa-apa yang negatif pun. Saya cuma fikir nak tegur dia je. Tapi ye, saya faham kenapa awak tak suka saya dekat dengan dia" tutur Eunha panjang lebar dengan berhati-hati. Risau jika dia tersalah cakap dan boleh membawa kepada situasi yang lebih teruk.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfiction[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...