🔷26

312 62 216
                                    

[15 votes+ 25 comments]

HA VOTE JE LAH

Happy Reading 💙





































"Okey, cuma tinggal nak photostat je" monolog Eunha seraya meleraikan pegangannya pada tetikus. Dia kemudiannya mencapai beberapa kertas yang siap dicetak dan berada di atas mesin cetak itu. Dia menilik satu-persatu tajuk yang tertera pada setiap helaian kertas yang dicetak asli itu. Setelah memastikan setiap dari semua kertas itu sudah lengkap, dia spontan mengangguk perlahan.

"Okey, dah" omel Eunha membuat kata putus seraya berdiri. Setiap helaian kertas yang perlu di-fotostatnya itu juga diangkat sekali.

"Eunha ya, awak nak pergi bilik photocopy ye?" soal Haera, rakan sekerja Eunha yang bersebelahan meja dengan Eunha itu.

"Eoh, ne. Kenapa?" respon Eunha lembut setelah menoleh kepalanya memandang wanita sebayanya itu.

"Ah, actually hari ni saya kena cover kerja Yoo Jin. Dia kan off day hari ni. Banyak jugalah kerja dia saya perlu cover kan. Jadi, saya nak minta tolong awak sikit je. Boleh?" tutur Haera berhati-hati sambil memandang wajah polos Eunha itu.

"Eoh, sure" balas Eunha dengan senyuman. Haera tersenyum senang mendengar respon Eunha itu.

"Nanti awak tolong ambil sekotak kertas A4 untuk saya bila awak dah siap kerja awak dekat sana,boleh?" pinta Haera lembut sambil menatap wajah wanita itu, menanti responnya.

"Eoh, ye. Boleh. Saya akan ambilkan" respon Eunha mesra dengan senyuman.

"Alright. Gumawoyo" ucap Haera sambil tersenyum lebar.

Eunha membalas senyuman rakan sekerjanya itu sebelum langsung berganjak dari meja kerjanya itu. Tidak lupa juga helaian kertas yang akan dicetaknya kepada beberapa set itu. Dia mengatur langkahnya menuju ke luar ruang jabatan lalu diorak langkah ke ruang Photocopy.

Eunha menolak perlahan pintu kaca di ruang Photocopy itu dengan tangan kirinya memandangkan tangan kanannya sedang memegang helaian-helaian kertas itu.

"Eh, Na!" tegur Yuju agak teruja tatkala mendapati figura yang masuk ke dalam ruangan itu rupanya rakan baiknya sendiri. Mahu tak terujanya, dari tadi dia keseorangan dalam ruangan itu, sedang bergelut dengan mesin fotostat di situ. Maklumlah, banyak pula bahan yang perlu dicetaknya hingga sudah mengambil masa hampir 30 minit dia mereput di situ.

"Lah, Ju. Tak sangka pulak kau ada dekat sini pagi-pagi macam ni" balas Eunha dengan senyuman sambil berjalan menghampiri rakannya yang sedang bersandar pada rak yang dirapatkan pada dinding itu.

"Iyeee. Pagi-pagi macam ni lah si team leader aku tu tetiba je nak mengarah aku macam-macam. Entah broken ke girlfriend lari entah. Selalunya dia kerling aku pun tak. Ini tetiba acah tegas sebab aku rookie. Ngeh" hambur Yuju jengkel sebelum berdecit sebal. Dia menggulingkan bola matanya ke atas.

Eunha tergelak kecil. Dia meletakkan helaian kertas-kertas di tangannya itu ke atas meja yang tersedia.

"Lah, dia suruh kau buat apa je?" soal Eunha dengan sisa tawanya. Terhibur melihat wajah cemberut rakannya itu.

"Ni ha. Suruh aku photostat berset-set segala benda alah pasal marketing ni. Dah la banyak haaaa" jelas Yuju yang lebih kepada merungut itu. Tangannya yang memegang beberapa helai kertas yang sudah dikepilkan bersama itu dihempas perlahan ke atas meja. Sebal.

Eunha berdecit perlahan. Dia meraih helaian kertas yang dihempas Yuju itu lalu ditilik isi kandungan beberapa kertas itu.

"Em, sekurang-kurangnya kau tak perlu karang and kaji laporan dengan comparison pasal semua produk-produk ni, Ju" tukas Eunha seraya meletakkan kembali helaian kertas itu ke atas meja.

[C] Trust [J.J.K] | BBP S2Where stories live. Discover now