🔷127

173 51 343
                                    

AAAAA SORRYY, DAH JADI PUKUL 10 PULAKK

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AAAAA SORRYY, DAH JADI PUKUL 10 PULAKK

SEYA ADA TUSYEN TADI HA, MAAP TIDAK MENEPATI MASA AHSHSHS

OK CHAP NI PANJANG GAES.

SOOO,VOTE DAN COMMENT BEBANYAK TAU👉👈

SEYA MEMERLUKAN SOKONGAN DARI ANDA SUPAYA SEYA SEMANGAT UTK TERUS APDET 💙

AMUAH



"Appoinment dengan pengarah Hong Si Jin" tutur Jungkook memaklumkan kepada seorang pekerja perempuan yang sepertinya sekretari pengarah Hong.

Sekretari tersebut menganggukkan kepalanya perlahan.

"Nama encik?" soal sekretari itu bagi mendapatkan pengesahan untuk membuat pencarian di komputernya.

"Jeon Jungkook" jawab Jungkook ringkas.

Mendengar saja nama itu, sekretari itu langsung menganggukkan kepalanya. Dia sudah dimaklumkan oleh pengarah Hong tentang perjumpaan dengan lelaki di hadapannya ini.

"Ah, ne. Mari ikut saya" tutur sekretari itu mesra lalu berganjak dari meja kerjanya. Dia berjalan ke depan terlebih dahulu untuk menunjuk arah dua orang tetamu itu.

Seorang Jeon Jungkook dan Kim Mingyu pun mengatur langkah mereka mengikut langkah perempuan itu.

"Kau asal, gila, nak jumpa pengarah Hong hari ni? Dari tadi lagi aku tanya" ujar Mingyu penasaran seraya menoleh memandang Jungkook yang berjalan seiring dengannya itu.

Jungkook tidak merespon, dia hanya memandang ke hadapan dan fokus melangkah. Soalan seketul Kim Mingyu itu seolah dibawa angin.

"Woi. Makhluk." panggil Mingyu dengan nada yang agak meninggi sedikit apabila soalannya lagi-lagi diabaikan rakannya itu.

Jungkook kekal memberi reaksi yang sama, memekakkan telinganya dan memandang ke hadapan. Seolah tunggul kayu saja Mingyu di sebelah.

Mingyu langsung merengus perlahan dek 'respon' Jungkook itu.

"Dasar. Tak payah ada telinga la, Kook. Buang kasi dekat semut" seloroh Mingyu sarkastik dengan jengkelnya. Dicerlung tajam sisi wajah rakannya itu.

Pun begitu, seorang Jeon Jungkook itu tetap saja setia begitu. Tiada ura-ura untuk merespon soalan rakannya yang mungkin sudah kali ke 10 itu sejak mereka dari bangunan syarikat.

Mingyu merengus kesal. Rambutnya diraup kasar ke belakang.

"Tak, benda sekarang ni aku memang nak tahu dulu tau, gila. Bagitahu la aku, bongok. Kau tu selalu buat keputusan tak bincang dengan aku dulu, bangang. Aku ikut kau ni pun tak tahu apa-apa tau. Kau main heret je aku datang sini" hambur Mingyu sebal dengan lancarnya. Beberapa saat setelah itu, terbit andaian di benak fikirannya.

[C] Trust [J.J.K] | BBP S2Where stories live. Discover now