YEHET LEWAT LAGI
IYE VOTE LERR
HAPPY READING ehe
Kira-kira jam 5 pagi, Eunha terjaga dari lenanya. Perlahan dia mengerdipkan matanya beberapa kali bagi mengumpul kesedaran. Dia menggosok sedikit matanya sebelum perlahan bangkit dari pembaringannya. Tangan bergerak menutup mulut yang melopong dek menguap kecil.
Kemudian, dia menoleh memandang ke sampingnya yang kosong itu. Ya, seorang Jeon Jungkook itu keluar lagi malam semalam. Tapi, kali ini, lelaki itu keluar lebih lewat dari sebelumnya. Hampir jam 12 tengah malam.
Dan, ya. Tentunya Eunha tak mampu untuk membuka mulut lagi tentang hal berkenaan suaminya itu. Dia sudah dipesan untuk tidak beria mengambil peduli tentang lelaki itu lagi. Gerangan itu pun sudah tidak sudi menerima keprihatinannya.
Eunha menghela nafasnya perlahan sebelum bergerak turun dari katil. Tekaknya terasa kering. Dia mahu turun ke dapur bagi menghilangkan hausnya. Langkah diatur keluar dari bilik dan menuju ke tangga.
Satu-persatu anak tangga dipijaknya rapi sambil sesekali menggosok perlahan matanya yang kadang kabur itu. Sesekali jugalah dia menguap kecil.
Beep, beep, beep!
Bunyi penggera yang agak kuat itu cukup untuk menyegarkan kondisi Eunha yang masih dihuni rasa mengantuk itu. Dahinya sedikit berkerut apabila mendengar bunyi penggera yang bergema di tingkat bawah itu. Sepertinya dari arah ruang tamu.
Dia langsung melajukan langkahnya menuruni tangga hingga memijak lantai tingkat bawah. Lalu, langkah lantas diorak ke ruang tamu dengan rasa hairan dan penasaran. Setibanya di ruang tamu, matanya langsung terarah pada figura Jungkook yang sedang dibuai mimpi di atas sofa.
Perlahan kaki melangkah menghampiri sofa tersebut. Keadaan di situ boleh tahan berselerak sehingga menghalang laluan di antara sofa dan meja itu. Eunha menunduk lalu mengutip kertas-kertas yang bertaburan di atas lantai lalu diletakkan ke atas meja. Kemudian, helaian kertas dan beberapa fail yang berselerakan di atas meja itu perlahan dikemasnya.
Usai melakukan itu, dia pun memalingkan wajahnya, memandang sosok tubuh Jungkook yang sedang berbaring tidur di atas sofa itu. Lelaki itu masih memakai kemeja sepertimana dipakainya tika keluar semalam. Namun, keadaan suaminya itu tampak serabut. Rambut yang berantakan, tali leher yang dilonggarkan dan butang teratas kemeja yang terbuka.
Beep, beep, beep!
Tersentak langsung Eunha dari menatap suaminya itu apabila bunyi penggera telefon itu kembali bergema. Dia lantas menoleh melihat telefon milik Jungkook yang menyala sambil berbunyi kuat itu. Dipandang sekilas Jungkook yang tidak berkutik meski sekuat itu penggeranya berbunyi.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfic[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...