HULAAA
EHEHEHEHE
SELAMAT PAGI ANUCK II-
ONLINE CLASS KEW TUUU
EM EM
YE AKU TAHU AGAK ANEH BAGI AKU APDET PEPAGI NI
IKUTKAN AKU NK APDET MLM NI TAPI BILA FIKIR BALIK DH DUA HARI AKU TAK APDET, SOOO-
HA ASHILA LA VOMMENTTT💙💙
PNJG TAU CHAP NI EM EM
Jungkook menarik handbrake keretanya sebaik saja memarkir di bahu jalan di luar pagar Universiti Kebangsaan Seoul itu. Dia kemudiannya menilik jam di pergelangan tangannya.
5.23 pm.
Masih berbaki lebih kurang 7 minit lagi sebelum kelas terakhir Eunha tamat. Fikirnya.
Jungkook mengeluarkan telefon pintarnya dari poket kotnya. Seterusnya, objek itu dinyalakan. Dia membuka aplikasi mesej lalu diskrol hingga ke bawah barisan mesej-mesej yang diterimanya. Setelah itu, keningnya terangkat sebelah dek berasa hairan.
"Mwoya? Selalunya dia mesti dah mesej 10 minit awal. Kali ni tak pun" gumam Jungkook bingung bercampur pelik itu. Dia kemudiannya mengerling sekilas ke arah pagar. Kelihatan ramai juga pelajar yang sedang berjalan keluar.
Jungkook hanya mengabaikan saja situasi itu dan kembali memandang ke hadapan. Namun, ketika dia memusingkan kepalanya tadi, seperti samar-samar dilihatnya seorang figura yang sedang berdiri tidak jauh dari pagar. Dia kembali menoleh memandang ke arah pagar bagi mengesahkan apa yang dilihatnya seimbas lalu tadi.
Dia sedikit mengecilkan matanya bagi melihat gerangan itu, masih ingin memastikan apakah betul figura itu adalah gerangan yang disangkanya.
Dan ya, tepat sangkaanya.
Figura itu adalah seorang Jung Eunha.
Kelihatan Eunha sedang ligat menghadap telefon pintarnya sambil menekan-nekan skrin objek itu seorang dirinya.
Jungkook tersenyum kecil sambil memerhati perlakuan isterinya itu. Dia pasti yang gadis itu sedang menaip mesej untuk dihantar kepadanya. Itu yang buat dia tersenyum sendiri sekarang ini.
Jungkook masih lagi melihat gerak-geri Eunha dari dalam kereta, tanpa berniat langsung untuk beranjak keluar dari kenderaannya ini bagi menjemput kesayangannya yang seorang itu.
Sedang suka dia memerhati Eunha dari jauh, lesap terus rasa sukanya apabila dia kini mendapati seorang lelaki menyapa Eunha dengan senyuman lebar. Senyuman Jungkook yang tadi terukir senang itu lantas pudar.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfiction[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...