[15 votes + 25 comments]
MCM BIASA SILAKAN VOTE
TAK REACH TARGET AI TANAK APDET NEXT CHAP EHEHEHEHEHEH
7.30 am
Beep Beep Beep!
Eunha yang nyenyak dibuai mimpi itu sedikit-sebanyak diganggu oleh bunyi deringan alarm yang kuat menusuk gegendang telinganya. Dia perlahan-lahan mencelikkan matanya. Dahinya sedikit berkerut apabila rasa sakit di kepalanya itu menyerang kembali dikala dirinya yang baru terjaga dari tidur itu.
Eunha memicit-micit kepalanya seraya perlahan-lahan bangun dari pembaringannya. Dia mengetap bibirnya. Sebal sebenarnya dengan rasa sakit di kepalanya itu. Sangkanya semalam, sejurus saja dia tidur pasti rasa perit itu akan lesap. Malangnya tidak.
Eunha menekup wajahnya. Dia betul-betul rasa mahu menangis saat ini. Sebal dengan kondisi tubuhnya akhir-akhir ini. Sudahlah dia bersendirian di rumah ini. Tiada siapa untuk dia meluahkan rasa sakitnya.
Satu keluhan panjang dan berat dilepaskan. Eunha mengetap kuat bibirnya. Dia memejamkan matanya rapat. Rambutnya diramas kuat.
"Ah, aku sakit apa ni?!" hambur Eunha lantang dengan berangnya. Dia kemudiannya merintih perlahan. Kepalanya ditundukkan sambil bibir diketap kuat.
Cukuplah semalam dia sudah terseksa dari pagi hingga ke malam. Seharian dia terseksa disebabkan hal ini. Kepalanya sakit. Seleranya tiada. Perutnya kadang bergelojak teruk.
Eunha mengesat kasar air matanya yang baru mengalir di pipinya itu. Dia merengus perlahan.
Telefon pintar yang statik berada di atas tilam itu dicapai Eunha. Dia menyalakan objek itu. Notifikasi yang terpapar pada skrin telefonnya itu ditilik.
You have 4 missed calls from Sayang💙
3 Unread messages from Sayang💙
»Sampai hati eh tak jawab call? :(
»Oh, message pun tak nak seen eh?
»Ala sayangggggg
9.08 pmEunha tersenyum kecil saat membaca mesej dari Jungkook itu. Terasa hilang sekejap rasa sebal dan berangnya tadi. Kemudian, jari-jemarinya mula bergerak untuk menekan-nekan skrin telefon itu bagi membalas mesej lelaki itu.
Namun, baru saja dia menaip dua patah perkataan, tekaknya tiba-tiba berasa loya. Lantas telefonnya dicampak ke tepi dan dia langsung bergegas turun dari katil lalu meluru ke tandas.
Segala isi perutnya yang hanya diisi air kosong dan beberapa suap sup kosong senja semalam, kini sekali lagi dimuntah keluar dari mulutnya. Meski tiada lagi yang perlu dikeluarkan dari mulutnya, perutnya seolah menendang keluar setiap yang wujud di situ untuk dimuntahnya.
Setelah memuntahkan cairan bening dari mulutnya berulang-ulang kali, akhirnya Eunha kini seperti tiada lagi yang ingin dikeluarkan dari perutnya. Dia membuka pili sinki lalu mulutnya dibasuh.
Eunha menutup perlahan pili air itu. Kedua-dua tangannya berpaut kuat pada kedua-dua sisi sinki itu. Dia kemudiannya memandang wajah pucatnya yang terpantul pada cermin. Satu keluhan dilepaskan.
Perutnya terasa lebih bergelojak berbanding semalam. Fikirnya semalam sudah menjadi pengakhiran kepada mual dan loyanya ini. Malangnya,sampai ke hari ini. Di pagi hari begini dia sudah perlu berdepan dengan rasa seksanya memuntah isi perutnya yang seperti dipaksa-paksa oleh perutnya.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfiction[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...