OH HAI EBELIBADEHH
GUD AFTERNUNNN
LONG TIME NO SEE YE HSHSHSHS
TAK TAK AKU TAK KENA SAMPUK APA II SAMPAI BOLEH APDET DI SIANG HARI INI
I'M GUD EM
HA YELAH SIAPA FIRST VOTE, AKU KASI MASK FREE
HA KO TEKAN NATANG BINTANG BAWAH TU SKRG
Tenkiu hikhikhik
"Selamat menjamu selera~"
"Eo, kamsahamnida~" respon Eunha mesra yang disertakan senyuman lebarnya kepada pelayan restoran yang baru saja usai meletakkan hidangan yang dipesan ke atas meja.
"Uwaaa, cheese banyak la~!" sorak Eunha riang sebaik saja matanya terarah pada sepinggan bebola daging yang diselaputi penuh keju Mozzarella di atasnya itu hingga meleleh ke tepi. Kentang putar bersama tomato ceri dan salad di penjuru pinggan itu pula menyerikan lagi hidangan barat tersebut. Tampak sungguh menyelerakan.
"Sayang, awak belanja eh?" seloroh Eunha seraya bola matanya bergerak, menatap Jungkook di hadapan. Dia tersengih comel, menayang sebaris giginya kepada lelaki itu.
Jungkook memandang sekilas ekspresi wajah yang ditunjukkan Eunha itu sebelum langsung berdecit perlahan.
"Macam la selama ni awak yang bayar sendiri, sayang" balas Jungkook bersahaja,berbaur sarkastik. Dia menjongket sebelah keningnya sambil tersenyum kecil.
Eunha berdecit sebelum mencebikkan bibirnya sekilas.
"Ala, mana la tahu kali ni awak nak jadi kedekut. Effect protes semalam ke kan haaa" tukas Eunha selamba yang menyempat menyindir suaminya itu kembali. Dia mengukir senyuman lebar.
Kisah semalam. Kisah yang ringkas saja. Jadi, semalam seketul Eunha ini memesan pizza menerusi perkhidmatan penghantaran makanan dari atas talian. Memandangkan wanita ini seorang hantu pizza, maka sekotak pizza bersaiz regular itu dikawalnya. Sampaikan seorang Jeon Jungkook yang cuma meminta sepotong saja pun tidak diberi. Walau secebis nenas sekalipun. Malah, disuruh suaminya itu memesan yang baru dek sekotak pizza itu sepenuhnya miliknya. Tiada siapa boleh sentuh.
Dan ya. Dia memang berjaya menghabiskan sekotak pizza bersaiz Regular itu sendirian.
Kotak pizza dia tak makan lah-
"Ha, boleh jugak nak extend protes lagi. So, bayar sendiri eh kejap lagi, sayang" respon Jungkook tenang sebelum mengukir senyuman lebar buat isterinya yang kononnya sedang bangga dapat mengusiknya.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfiction[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...