[17 votes+20 comments]
IYAYAYA
ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA?
Lah tibah
Em baca je lah
"Eoh, tak apalah, pa. Dah sampai dah pun"
"Aigoo. Ha, tak apalah macam tu. Nanti ambil dekat office appa. Rak sebelah kanan, row ketiga. Appa tak ada dekat office ha. Ada appointment dekat luar"
"Oh, alright, pa"
"Ye, ambil fail tu terus balik office kamu ye. Tak payah nak ambik kesempatan jumpa Eunha pulak"
"Aduh, pa. Alang-alang"
"Tch. Itu tujuan betul kamu nak datang ambil sampai ke office appa kan?"
"Eh, tak ada lah. Mana ada macam tu. Ikhlas ni ikhlas" seloroh Jungkook yang jelas dusta itu sambil tersengih kecil. Dia tersenyum kecil apabila mendengar ayah mentuanya itu berdecit buat kali kedua di hujung talian.
"Ha, yelah. Dah, appa nak kena end call dulu ni. Klien appa dah nak sampai"
"Eoh,okey, pa"
Tut~
Jungkook menurunkan telefon pintarnya dari terus dilekapkan ke telinga sejurus saja panggilan diputuskan oleh tuan Jung. Dia tersenyum kecil dek masih geli hati dengan pesanan ayah mentuanya tadi. Setelah itu, telefonnya dimasukkan ke dalam poket seluar kembali.
Jungkook meneruskan mengatur langkahnya menuju ke pejabat Tuan Jung. Kakinya setia melangkah di koridor yang langsung tiada manusia lalu-lalang itu. Matanya hanya lurus memandang ke hadapan.
Jungkook yang berura-ura untuk menggunakan kaki lima di sebelah kanan itu langsung tergendala apabila telinganya menangkap suara yang amat dikenalinya itu.
Suara puak-puak makcik Kimchi menyembang dan ketawa tak ingat dunia.
"Ok, jalan lain" omel Jungkook spontan yang langsung menghayunkan langkahnya maju ke hadapan dengan agak laju. Cukuplah semalam dia sudah cukup menderita kerana melalui kawasan staf-staf perempuan kepochi itu. Bukan main seperti cacing kepanasan perempuan-perempuan itu ketika melihatnya itu. Pantang betul!
Jungkook mengatur langkahnya menuju ke satu lagi koridor yang juga akan membawanya ke pejabat tuan Jung. Cuma agak jauh jika nak dibandingkan dengan menggunakan koridor tadi. Tapi, itulah. Dia lebih rela berjalan jauh dari menjadi tumpuan hangat di situ-
Mudah kata,
Susahlah jadi kacak ni.
Ok next.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfic[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...