🔷100

265 58 504
                                    

UDAH CHAP 100 YA AHSHSHSSHSH

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

UDAH CHAP 100 YA AHSHSHSSHSH

OKEY, BISMILLAH DULU

AHAHAHAHAHHAA

YE SELAMAT MEMBACA ;)

YE VOTE DULU TAU
















"Hai, tuan Jeon ada lagi tak dekat sini?" sapa Eunha mesra kepada seorang pekerja lelaki yang sedang berjalan bertentang arah dengannya itu.

Staf lelaki lingkungan pertengahan 20 an yang sedang khusyuk menilik fail di pegangannya itu langsung saja mengangkat kepalanya apabila mendengar suara yang menyapa. Serentak kakinya berhenti melangkah.

"Eoh, ada, ada. Dia ada dekat dalam. Tengah check stok. Puan nak saya panggilkan ke?" jawab staf itu ramah setelah mengangguk yakin. Maklumlah, dia baru saja lepas berjumpa dengan sang majikan, bercakap tentang stok di dalam gudang barusan.

Eunha langsung menggelengkan kepalanya apabila lelaki itu menawarkan diri. Tak mahu mengganggu pekerja itu.

"Eh, tak apa. Saya pergi dekat dia sendiri. Saya boleh masuk kan?" jawab Eunha dengan senyuman dan meminta kepastian. Keningnya dijongket sebelah.

"Eh, mestilah boleh, puan. Sila, sila" respon pekerja itu serta-merta dek soalan polos oleh sang isteri majikannya itu.

Eunha langsung tersenyum kecil dengan respon staf itu. Dia mengangguk lalu mengatur langkahnya masuk ke dalam gudang yang besar dan luas itu. Rak-rak tinggi dan besar memenuhi ruangan gudang menyapa pandangannya. Begitu juga beberapa orang pekerja yang sedang sibuk membuat kerja di situ.

Sambil kakinya melangkah lebih ke dalam, matanya meliar ke sekeliling sudut, mencari kalau-kalau ternampak figura suaminya. Sesekali dia tertoleh-toleh ke belakang, kiri dan kanan, tanpa meninggalkan satu arah pun. Maklumlah, bukannya mudah mahu mencari seorang manusia di dalam gudang yang luas dan banyak laluan ini.

"Mana ni? Haih. Kalau suruh staf tadi panggilkan, kan dah senang" omel Eunha yang sudah mulai merungut dan hampir menyerah itu. Dia mengeluh kecil. Namun, tetap saja matanya meliar ke setiap sudut, masih berharap dia menjumpai figura Jungkook.

Dan, seperti yang diharapkan, matanya terarah pada figura seorang lelaki yang seolah seperti mempunyai aura khas dimana dia langsung dapat menebak figura itu adalah Jeon Jungkook. Walaupun dari jarak yang agak jauh.

"Finally" gumam Eunha lega lalu langsung menghayun langkahnya menuju ke arah Jungkook berada. Dari sudut pandangannya, dia cuma nampak lelaki itu bersendirian di hadapan rak besar. Sangkanya suaminya itu sedang fokus berurusan sendirian.

[C] Trust [J.J.K] | BBP S2Where stories live. Discover now