🔷90

187 49 173
                                    

WLELELELE 90 CHAP SUDEHHH

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

WLELELELE 90 CHAP SUDEHHH

ENCIK AKUCK KONFLIK KIRIM SALEM


"Ah eonnie! Buat fake hope je lahhh! Ingatkan eonnie memang pregnant betul! " bentak Hae Jung sebal seraya memukul perlahan bahu Eunha. Terasa tamparan harapan palsu di wajahnya setelah mengetahui hal sebenar dari kakak iparnya itu. Bukan main gembiranya dia 10 minit lepas di meja makan tadi.

Eunha sudah tergelak-gelak melihat raut wajah cemberut Hae Jung itu. Memikirkan adik iparnya itu yang bereaksi terlebih teruja hingga kerusi yang diduduki menyembah lantai ketika di dalam dewan tadi, menggeletek lagi hati Eunha.

Hae Jung sudah bertambah masam mencuka bila sakan ditertawakan kakak iparnya itu. Dia mencebik sebal.

Eunha pula sedang mencuba meredakan tawanya.

"Hae,itu cuma excuse bijak yang mama Hae buatlah untuk stopkan argument tadi tu. Kalau tak,memang takkan habis,Hae" jelas Eunha dengan nada yang masih tersisa tawa itu. Dia menepuk-nepuk perlahan bahu Hae Jung.

Ya, setelah Choi Im Hwa membuat alasan tentang Eunha yang kononnya emosi tak stabil disebabkan mengandung itu,mahu tak mahu, si puan Kim itu akhirnya mengalah jua. Walaupun, ada lah juga dia membentak tak puas hati. Dan akhirnya, acara makan malam yang sudah hancur suasana itu dihentikan dengan puan Kim yang langsung memutuskan untuk mengangkat kaki dari situ.

"Alaaaaa,kenapa bukan betul-betul je, eonnie?" rungut Hae Jung meleret sambil menggoyang lengan Eunha. Bibirnya menarik muncung panjang.

Eunha langsung berdecit perlahan sebelum tersenyum.

"Ala Hae ni. Dah nak sangat pegang baby tu, tunggu je la pegang baby Hae sendiri nanti" tukas Eunha bersahaja seraya menyiku perlahan lengan Hae Jung dengan senyuman kecil.

"Ish, Hae kan baru kahwin hari ni! " tukas Hae Jung sebal sebelum mencebik. Bahu kakak iparnya itu ditampar perlahan.

Eunha langsung tergelak kecil. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya, mengiyakan saja.

"Eonnie ni haaa. Dah excited Hae tadi sampai masa berdiri tu kerusi pun boleh jatuh dekat belakang haaa. Tengok-tengok dusta je semua tuuu?" hambur Hae Jung kesal dengan wajah yang berkerut-kerut protes.

Eunha sekali lagi tertawa kecil.

"Nak buat macam mana? Eonnie pun tak sangka yang mama Hae nak bagi excuse macam tu" tukas Eunha tenang sebelum tersenyum kecil.

"Halahh, mama pun satuuu. Mama tu pun punca haaa" rengek Hae Jung sebal lalu menarik muncung panjang.

Eunha hanya tersenyum singkat. Mengingatkan puan Choi yang membantunya 'keluar' dari perbalahan antara puan Kim tadi, cukup membuatnya tersenyum sendiri. Sepertinya ada perubahan dengan personaliti ibu mertuanya itu kali ini.

[C] Trust [J.J.K] | BBP S2Where stories live. Discover now