AAAAA SORRY LEWATT
HA VOTE DULU
YE CHAP NI PNJG LAGI
SO ANDA WAJIB APPRECIATE SAYA DENGAN MENGEVOTE YE AT LEAST
EHEHEHE DAH, SILA BACA
Ting!
Eunha yang sedang merapikan blaus longgar dan agak labuh yang tersarung di tubuhnya itu langsung terhenti apabila mendengar deringan notifikasi telefonnya. Dia pun melangkah menghampiri kabinet di tepi katil itu lalu meluruskan tangannya untuk meraih telefonnya. Namun, lengan baju blausnya yang terlebih panjang dan besar itu menyukarkan tangannya untuk memegang objek itu.
Eunha merengus perlahan. Lengan baju yang menutupi tapak tangan kecilnya itu ditarik ke atas. Ini semua blaus terlebih saiz ini punya pasal. Tak, ralat. Semua pasal Jeon Jungkook. Lelaki itu yang membelikannya blaus longgar, labuh dan besar ini semalam. Menyakitkan hati betul. Baik suruh dia sarung khemah je.
Akhirnya dia dapat juga meraih telefon pintar miliknya itu. Yang agak retak skrinnya. Punggung dilabuhkan ke atas katil. Objek di pegangannya itu dinyalakan kembali, melihat notifikasi yang terpapar di skrin.
You have a message from Sayang💙
»Saya ada appoinment kejap. Nanti saya ambil awak. Balik dengan saya.
Okey.«
2.27 pmEunha langsung memadamkan nyalaan skrin telefonnya sebaik saja membalas mesej dari Jungkook itu. Jadi, dia akan keluar dari hospital hari ini. Setelah 3 hari menjadi pesakit di hospital Ilsan ini,dia akhirnya dibenarkan keluar. Kondisinya juga membaik.
Cuma, kadangkala kepala berasa sakit. Pasti kesan dari kecederaan di kepalanya itu.
Eunha berdiri. Telefon pintar di pegangan diselit pada poket seluar pendek di sebalik blaus labuh paras hampir pada kepala lututnya itu. Kemudian, dia mengerling jam di dinding. Jarum jam hampir menunjukkan jam 2.30 petang.
Eunha kemudian mengangguk sendiri.
"Sempat lagi nak pergi"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»117
•
•
•
"So, kau discharge hari ni?" soal puan Choi sebaik saja Eunha melabuhkan punggungnya ke atas bangku di sebelahnya. Dia memandang menantunya itu yang sudah berpakaian kasual. Bukan lagi baju pesakit seperti ketika wanita itu melawatnya semalam.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfic[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...