[15 votes+20 comments]
OK SORI TAK APDET DUA HARI KE TIGA EH
TAH LA
EKCELI AKU NK APDET SMLM, TAPI LEWAT LA
TAPI TU LA AKU NGANTUK NAK MATI, SOOOOO YEA
JARANG SEKALI SEKETUL MINYU APDET PETANG YE SKSKSKS
HA DAH CKP BYK
SILA BACA DAN VOMMENT
KBAI
"Okey la, Ju. Aku balik dulu eh" pamit Eunha sebelum menepuk lembut bahu Yuju. Maklumlah, mereka sudah tiba di lobi utama syarikat besar itu setelah bermacam-macam topik diborak sewaktu dalam perjalanan dari aras jabatan mereka.
Yuju sekadar menganggukkan kepalanya. Eunha tersenyum kecil sebelum berura-ura untuk beredar.
Namun,
"Eh Na,Na. Kejap" panggil Yuju spontan seraya langsung meraih lengan Eunha. Tergendala langkah Eunha dibuatnya.
Eunha menoleh memandang Yuju dengan pandangan terkebil-kebil.
"Wae?" soal Eunha bingung.
"Tu, tu. Bukan ke tu Jungkook, Na?" seloroh Yuju menyoal sebelum menjuihkan bibirnya, menunjuk ke arah luar lobi.
Eunha memandang Yuju sekilas sebelum menoleh ke belakang. Matanya meliar ke arah yang ditunjuk Yuju, mencari figura Jungkook yang diperkatakan rakannya itu.
"Kan? Jungkook kan?" soal Yuju lagi, meminta kepastian rakannya yang masih sedang meliarkan matanya itu.
Serentak dengan itu, sepasang mata Eunha akhirnya tertancap pada figura seorang Jeon Jungkook yang sedang berdiri di luar lobi, sebelah pintu utama bangunan sambil fokus menatap skrin telefonnya.
Eunha mengangguk perlahan sebagai respon buat Yuju. Matanya masih tak lepas memandang figura lelaki itu. Pada masa yang sama, matanya tertancap pula pada keadaan sekeliling di situ. Kelihatan setiap kali sekumpulan pekerja perempuan yang melepasi tempat Jungkook berdiri, pasti mata mereka tak lepas memandang wajah sempurna suaminya itu. Silap-silap kalau ada tiang di depan, habis dirempuh mereka. Itu pun tetap masih tak mahu berhenti lagi dari merenung suami orang.
Kecik besar kecik besar je bini dia tengok dari jauh ni ha-
"Ewahhh, bukan main lama diorang ushar laki kau, Na" seloroh Yuju yang turut melihat situasi itu sebelum berdecit perlahan.
Eunha mengecilkan matanya, merenung penuh jengkel situasi menyebalkan itu. Bukannya apa, setiap kali pekerja perempuan keluar dari lobi, tentu reaksi yang sama juga diberikan;tenung sambil tersengih-sengih.
"Ju, aku pergi dulu" pamit Eunha ringkas seraya mengangkat sedikit tangannya,tanda meminta diri. Dia langsung mengorak langkahnya menuju ke pintu keluar lobi.
Eunha melangkah keluar dari lobi utama sebaik saja pintu gelangsar automatik terbuka luas. Dia kemudiannya menghayun langkahnya menghampiri Jungkook yang masih statik menghadap telefon pintarnya di situ. Seterusnya, lengan suaminya itu langsung dipeluknya lalu tubuhnya dipusing menghadap hadapan.
"Hai, kenapa tengok husband saya macam tu ye?" soal Eunha dengan tutur kata yang masih dijaga itu. Matanya memandang tiga orang perempuan yang berada di hadapannya itu bersilih ganti.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fiksi Penggemar[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...