HAH MACAM YANG DIJANJIKAN YE
EM
HA VOTE LA YE
"Eh,Hae! Kenapa tak bagitahu--"
Pak!
Pipi gebu Eunha terus dilempang kuat. Terteleng langsung kepala wanita itu ke tepi. Matanya membulat besar. Terkejut dengan tindakan Hae Jung itu. Tangan kanannya naik memegang pipinya yang terasa sakit itu. Setelah itu, dia langsung memandang wajah Hae Jung dengan mata yang sedikit membuntang.
"Hae, wae gurae? Kenapa sampai tampar eonnie ni? Eo?" soal Eunha yang masih terkesima itu sambil menatap bingung wajah tegang Hae Jung di hadapan. Pipi kanannya masih terasa sakit.
"Eh memang layak la aku tampar kau!" tukas Hae Jung lantang dengan mata yang menjegil penuh amarah itu. Direnung tajam wajah bingung kakak iparnya itu.
Eunha langsung tersentak dek herdikan Hae Jung itu. Bahunya juga sedikit terhinjut. Memang dia terkejut dengan suara tinggi Hae Jung itu namun dia seratus kali lebih terkejut melihat keadaan adik iparnya itu yang di hadapannya sekarang. Itu bukan Jeon Hae Jung yang periang yang dia kenal sebelum ini.
"Hae...kenapa ni?" soal Eunha yang sememangnya tidak mengerti apa yang berlaku itu walau dia mendapat kejutan yang dasyat dari gadis di hadapannya itu.
"Dah la, tak payah nak acah baik depan aku! Dasar talam dua muka kau!" hambur Hae Jung lantang seraya menolak kuat bahu kanan Eunha, berhasil membuatkan kakak iparnya itu terdorong selangkah ke belakang.
"Hae--"
"Eh menyampah la aku tengok kau yang acah clueless ni! Kau ingat aku tak tahu ke true colour kau sebenarnya? Eoh?!" herdik Hae Jung berang. Tajam saja renungannya menikam wajah bingung Eunha.
"True colour? Hae, apa Hae cuba cakap ni?" soal Eunha lagi yang kekal dengan nada lembutnya walau sudah diherdik berkali-kali. Pandangan penuh bingung diberikan.
Hae Jung merengus perlahan sebelum berdecit sinis. Dia mengetap bibirnya. Bola matanya dilarikan ke arah lain. Sakit hati mahu melihat wajah Eunha yang baginya terlihat palsu itu.
"Aku tak pernah sangka yang kakak ipar yang aku sanjung, adore selama ni rupanya hipokrit! Kau dengan talam bermuka-muka kau boleh pergi mampus!" tutur Hae Jung dengan lancangnya tika amarah betul-betul menguasai dirinya. Matanya mencerlung tajam wajah polos Eunha.
Eunha tercengang sebentar. Sungguh dia terkejut dan tidak menyangka dengan ayat yang dilontar oleh Hae Jung itu. Sungguh kasar. Dia seperti tidak percaya dengan situasi sekarang.
"Hae, Kenapa ni? Eonnie tak faham. Bagitahu--"
"Eh, sebelum ni aku fikir kau ni satu-satunya perempuan yang terbaik untuk abang aku tau. Aku fikir kau memang typical soft person yang susah nak jumpa zaman sekarang ni. Oh, rupanya tak! Aku salah. Kau sama je dengan perempuan-perempuan gila harta macam dekat luar tu!" hambur Hae Jung penuh baran. Nafasnya turun naik sambil menatap wajah kakak iparnya itu.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfic[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...