🔷56

231 50 102
                                    

HAH SORRY LEWATTT SKSKSKSKS

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HAH SORRY LEWATTT SKSKSKSKS

VOTE OKEYYY













"Jungwon ah,mana daddy awak ni? Tak balik lagi pun" tutur Eunha yang sedang duduk bersila di hadapan anaknya itu. Matanya lurus memerhati Jungwon yang sedang khusyuk membelek mainannya itu.

"Alaaa, mummy bukannya salahkan daddy sepenuhnya pun. Mummy cuma bagitahu daddy dekat mana yang dia salah je. Bukan bermaksud semua salah mummy letak dekat daddy" hambur Eunha yang sedang dibelenggu rasa bersalah itu sebelum mencebikkan bibirnya. Dia mengeluh kecil. Matanya memang tak lepas memandang Jungwon yang fokus bermain mainannya itu.

"Ke,mummy yang salah pulak sekarang?" soal Eunha gusar seraya tangannya bergerak menarik tangan kecil Jungwon apabila si kecil itu polos memasukkan mainan gegelung itu ke dalam mulutnya.

"Ala tapi serius, tak terdetik pun mummy nak buat daddy fikir yang semuanya salah dia. Mummy cuma nak tegur daddy je apa yang salah sebab mummy tengah cakap dengan dia. Bukannya mummy nak cakap Hae imo Won tu tak salah langsung. Kalau mummy ada dengan dia pun, mummy akan cakap benda yang sama je dengan Hae imo tu. Sama je. Dua-dua ada salah ha" sambung Eunha panjang berjela, seolah si kecil itu memahami hamburannya itu. Dia kemudiannya mengeluh kecil.

Imo= aunt

"Tapi tu lah. Mungkin cara mummy tu salah kot. Itu yang daddy terus salah faham tu" ujar Eunha sebelum melepaskan keluhan lagi.

"Halahhh, mesti daddy marah mummy sangat kan" hambur Eunha kesal lalu membaringkan tubuhnya dengan longlainya. Dia memejamkan matanya rapat,cuba mengosongkan fikirannya. Sungguh dia boleh tahan serabut juga hari ini. Macam-macam berlaku.

Manakala Jungwon yang sedang duduk di sebelah Eunha itu terkebil-kebil melihat ibunya yang tiba-tiba baring itu. Terbantut terus dia yang mahu memasukkan lagi mainannya itu ke dalam mulut. Bulat-bulat matanya memerhati sang ibu yang sedang menutup mata itu.

Seakan memahami kegusaran hati Eunha, satu tangan kecilnya bergerak menggenggam jari telunjuk ibunya. Seolah menyalurkan semangat ke dalam diri ibunya itu.

Sepasang mata Eunha perlahan terbuka apabila terasa jarinya digenggam tekstur yang mulus. Dia kemudiannya menoleh, memandang jarinya yang digenggam sebelum beralih pada wajah polos Jungwon di sebelah. Drastik bibirnya mengukir senyuman lebar.

"Ala anak mummy ni" ujar Eunha dengan senyuman yang tentunya tersentuh dengan perbuatan polos si kecil itu.

Tzzt tzzt!

Eunha yang sedang tersenyum melihat wajah polos Jungwon itu langsung terganggu apabila mendengar telefon pintarnya berdering dalam mod getaran. Dia menoleh ke sebelah kirinya, melihat telefonnya yang sedang menyala di atas meja lampu itu.

"Kejap, sayang" tutur Eunha kepada Jungwon seraya meleraikan genggaman kecil itu dari jarinya. Maklumlah dia mahu bergerak ke tepi, nanti karang terjatuh budak itu akibat diheret.

[C] Trust [J.J.K] | BBP S2Where stories live. Discover now