[BAD BOY PRINCE S2]
Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan?
"𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼"
↪Mengisahkan tentang kisah...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HALAHHH LEWAT BETHOL
STRUGGLE NAK APDET HARINI JGK, BEGINILAH JADINYA EM
HA VOTE LA YAA
PENAT NI TYPE LPS BALIK SEKOLAH HIHUHIHU
"Auwww"
"Haa, itu makan dia!" respon Eunha sebal sambil matanya menatap kesal Jungkook setelah lengan lelaki itu dicubitnya kuat.
"Tak baik buli orang sakit, sayang" balas Jungkook bersahaja sambil tangan kanannya ligat menggosok-gosok lengan kirinya yang menjadi mangsa kekejaman seorang Jeon Eunha itu. Sadis betul nasibnya. Baru saja sedar, sudah dihadiahkan cubitan berbisa di lengan.
"Ah, tak ada. Memang patut kena tu" tukas Eunha mendatar sebelum menjeling sekilas Jungkook yang sedang duduk di atas katil di ruang kecemasan itu.
Jungkook langsung berdecit perlahan sebelum bibirnya menarik senyuman kecil. Suka pula dia melihat raut cemberut Eunha itu. Bukan main sebal wanita itu.
Eunha yang menyedari seorang Jeon Jungkook itu sedang menayang sepenggal senyuman, cukup membuatnya bertambah kesal dengan lelaki itu yang sukar mahu ambil serius tentang hal ini. Satu keluhan kasar dilepaskan.
Sebenarnya punca Eunha terlebih kesal dan sebal dengan Jungkook itu adalah sebab lelaki itu terlalu mengambil sambil lewa tentang apa-apa kecederaan yang menyeksa diri. Contohnya seperti kejadian 45 minit lepas lah. Rupanya kaki kanan lelaki itu mengalami kecederaan agak serius juga akibat menendang pasu kaca di rumah Choi Im Hwa itu. Dan yang menyebalkan seorang Jeon Eunha adalah, suaminya itu boleh membiarkan kaki yang mengalami luka yang dalam itu dengan hanya cuma dibalut dengan beberapa helai tisu. Serpihan kaca kecil yang ada tertusuk pun boleh dibiarkan. 30 minit lelaki itu menahan penderitaan. Bagusnya, Eunha pun tidak menyedari akan itu.
Itu yang membuat wanita itu geram sekali gus serba salah. Mana tidaknya, menurut doktor kecederaan pada kaki Jungkook itu memang serius juga. Darah banyak mengalir di kala setiap langkah dia memijak. Dan bila darah mengalir setiap detik begitu, pastilah banyak darah yang hilang. Jadi, disebabkan itulah seorang Jeon Jungkook itu akhirnya tumbang.
"Setengah jam, sayang. Se.te.ngah jam awak biar kaki tu berdarah and cuma letak sehelai kapas? Sayang! Kaki awak tu luka besar and awak boleh biar tak rawat macam tu? Dengan awak tu jalan sana sini lagi. Memang darah non stop keluar la! Sementara awak tunggu saya cakap dengan puan Choi tu, why not awak pergi klinik nearby lepas tu minta treatment? Bila darah keluar banyak, memang habis pucat la muka tu. Lepas tu pengsan atas saya. Berat, tahu?" hambur Eunha panjang lebar dengan kesalnya, melepaskan segala ketidakpuasan hatinya yang terbuku sejak tadi.
Jungkook langsung tergelak kecil dek hamburan Eunha yang kononnya penuh emosi itu. Berkerut-kerut protes dahi isterinya itu. Bukannya tampak menakutkan, namun mencuit hati.