YAAA FINALLY GAES
MINYU ANDA KAMBEK
YEYE TAHU RINDU AKU
AMAAP LA LAMA TAK APDET
SELAMAT MEMBACAAA
HA VOTE DULU
"Baiklah, untuk semua penumpang, anda dipersilakan keluar dari pesawat ini sekarang. Tali pinggang keledar jangan lupa buka ya. Nanti kang terheret sekali dengan seat pula kang. Bukan apa, pernah jadi. K,keluar je la"
Sebaik saja mendengar arahan dari pramugara pesawat itu, semua penumpang di dalam pesawat itu pun mula bergerak keluar. Termasuk seorang Park Jimin.
Jimin menapak keluar dari pesawat itu dengan menuruni tangga yang sememangnya wujud di sisi kapal terbang. Langkah diorak hingga masuk ke dalam dewan luas lapangan terbang dan menapak pergi menuntut bagasinya.
Bagasi diheret sambil langkahnya diatur kemas. Matanya meliar ke sekeliling. Dapat dia lihat, ramai yang menjemput ahli keluarga mereka yang baru keluar dari pesawat yang sama dengannya itu.
Dia? Keluarganya saja berada di Busan. Memang tak harapkan sesiapalah untuk menjemputnya. Lebih kepada, dia yakin.
Hari ini, jam 1.37 petang, macam yang telah dijanjikan dengan seorang Choi Yuna, dia tiba di Incheon dengan selamat. Dia belum lagi memaklumkan kepada wanita itu. Nantilah.
Perasaannya ketika itu hanya tuhan saja yang tahu betapa gembiranya dia dapat menjejak ke bumi Incheon semula setelah hampir 4 bulan tinggal di Busan. Ralat, bukan itu sebab sebenar-benarnya. Yang betulnya kerana dia bakal bertemu gerangan itu. Ya,gerangan itulah.
Tzztt, tzztt! Tzztt, tzztt!
Telefon pintarnya yang berdering dalam mod getaran itu langsung dikeluarkan dari poket seluarnya seraya kaki setia melangkah menuju ke pintu keluar lapangan terbang. Dia menilik nama sang pemanggil yang terpapar di skrin.
'Yugyeom'
Tanpa berlengah, dia hanya menjawab saja panggilan dari seorang Kim Yugyeom itu. Telefon dilekapkan ke telinga.
"Eoh,kenap–"
"Hyung, kau dah sampai Incheon ke?"
"Eoh. Baru je. Kenapa?"
"Yuju, hyung"
"Asal? Kenapa dengan Yuna aku?"
"Dah...tak ada."
"Hah? Benda kau ni?"
"Semalam. Accident. Meninggal malam semalam"
Perlahan, langkah kaki yang diatur rapi Jimin perlahan terhenti tatkala mendengar bicara ringkas itu. Dia terpana. Dia terkaku sepenuhnya. Terasa seolah dunianya terhenti seketika.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
أدب الهواة[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...