PERGH 2 PAGI YA HAHAHAHA
ALA EKCELI BOLEH APDET AWAL TADI, TAPI AKU BARU TERINGAT ADA HW TAK SIAP LAGI SKSKSKSKS
OK LA EN, AT LEAST AKU APDET EM EM
YA SILAKAN BACA. VOTE OKYYY
"Pikir sini playground ke nak pusing-pusing dekat koridor macam tu?" soal lelaki yang berpakaian kemas kemeja berwarna biru gelap itu dingin. Dia merenung tajam wajah terkesima Yuju itu sebelum tubuhnya dibongkokkan untuk mengambil dua buah failnya yang jatuh ke lantai itu.
Yuju terkaku di situ. Dia tak tahu mahu membalas apa. Seolah-olah lidahnya kelu.
"Tak matang" ujar figura itu ringkas. Dia menjeling sekilas Yuju sebelum kakinya dilangkah melepasi wanita itu.
Melopong mulut Yuju disebabkan tuturan menyakitkan hati yang keluar dari mulut lelaki itu. Bibirnya diketap kuat. Dia langsung memusingkan badannya, memandang lelaki itu yang sedang berjalan kian jauh.
"YAH, KAU INGAT--KSNSKKSJSLSOS!"
Segala hamburan makian seketul Choi Yuna terganggu begitu sahaja apabila Eunha lebih cepat menekup mulutnya. Enggan membiar rakannya itu membuat masalah pada hari pertama di tempat kerja.
Yuju mengetap bibirnya sebelum menolak tangan Eunha yang menekup mulutnya itu. Dia merengus kasar melihat si figura yang menyebalkan itu berjalan tenang, kian menjauh dari situ. Dia menghentak kakinya geram.
Seterusnya, dia memandang tajam Eunha di sebelah.
"Ey, Na! Kau asal tutup mulut aku? Biarlah aku nak sound makhluk tu! Dia ingat dia bagusss sangat ke? Dia ingat dia matang sangat ke? Ey aku eyyy!" hambur Yuju sebal dengan agak lantang sebelum mengusutkan rambutnya kasar. Bibirnya diketap geram.
"Ish kau ni. Tak sampai 10 minit lagi tau kau diterima kerja dekat sini. Takkan dah nak buat hal dah?" tukas Eunha sebelum menggelengkan kepalanya perlahan.
"Tak, masalahnya kau tengok la perangai dia! Ye la, memang la aku dah langgar dia, tapi aku tak sengaja je kan? Dia fikir aku HAMAK sangat ke nak langgar dia? Ey spoil mood aku je lah! Acah-acah je!" tambah Yuju lagi dengan emosinya. Dia merengus kasar.
Eunha mengeluh kecil melihat rakannya yang terlihat bengang teramat itu.
"Ye, ye. Aku faham kau bengang, Ju. Tapi, buat masa sekarang ni kau kena banyak bersabar dulu. Ingat title kita sekarang ni, Ju. Kita ni newbie tau. Rookie dekat sini. Nanti kalau kau awal-awal lagi dah buat hal, habis first impression dari staff-staff dekat sini jadi negatif ha" tutur Eunha panjang lebar, cuba menasihati rakannya itu.
Yuju merengus perlahan. Aktiviti memukul-mukul anginnya itu perlahan-lahan terhenti dek tuturan Eunha itu.
"Ye, aku tahu. Tapi, masalahnya kau sendiri tengok yang aku punyalah happy sebab dapat kerja ni. Eh, lepas je mamat tu datang, habis spoil mood aku. Aku pun tak nak la nak bengang-bengang time hari happy aku ni. Basically, semua salah DIA!" Tukas Yuju yang masih tidak puas hati. Dia mencekak sebelah pinggangnya. Matanya lurus merenung tajam ke hadapan.
"Okey, okey. Aku faham, aku faham. So, apa kata kita pergi waiting room dulu? Eoh? Kajja, kajja" ujar Eunha serta-merta menukar topik seraya menarik lengan rakannya itu untuk pergi dari situ.
Ya, Eunha tidak lagi pergi ke ruang menunggu khas yang diarahkan pengarah Kim tadi memandangkan dia mahu menunggu dahulu Yuju yang ditemuduga setelahnya itu. Mahu pergi sama-samalah katakan.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfic[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...