🔷84

197 53 137
                                    

AYYY NEW CHAP MAREY

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AYYY NEW CHAP MAREY

DAH, VOTE SILA

COMMENT JUGA:)




















"Ha, nanti kau send dekat aku document tu. Proposal tu aku baru nak buat" tutur Jungkook buat Mingyu yang berada di hujung talian. Tangan kanannya ligat menyelak helaian kertas di dalam fail, meneliti setiap satu bahan kerja itu.

"Eoh,thanks" ucap Jungkook ringkas sebelum mematikan panggilan bersama rakannya itu. Telefon diturunkan lalu diletakkan ke atas meja. Dia kemudiannya meraih pula beberapa fail berkaitan di rak tepi.

Kembali sahaja dari bumi Jeju minggu lepas, kembali jugalah seorang Jeon Jungkook yang sibuk dengan hal kerjanya. Banyak yang perlu dibuat. Itu perlu diselesaikan, ini perlu disemak. Namun kalau mahu dibandingkan dengan beberapa hari yang lalu, mungkin hari ini lebih baik. Sekurang-kurangnya dia cuti hari ini.
Walaupun hal kerja tetap saja perlu diselesaikan–

Jungkook yang sedang ligat mencari fail yang dikehendakinya di rak bersebelahan meja kerjanya itu langsung terbantut seketika tatkala matanya terarah pada figura Eunha yang sedang duduk di atas katil. Terlihat wanita itu kaku dalam posisi itu, lurus menatap ke hadapan tanpa berkelip, tak ubah seperti patung. Jungwon yang sedang berdiri di atas riba dan menepuk-nepuk wajah ibunya dengan tangan kecilnya itu pun tidak dihiraukan.

Jungkook mengangkat sebelah keningnya, hairan melihat keadaan Eunha yang sebegitu rupa. Cermin mata yang berpaut pada kedua-dua telinga diturunkan sedikit ke bawah.

"Termenung apa, sayang?" soal Jungkook penasaran. Keningnya masih dijongket sebelah.

Eunha yang sedang ligat mengelamun itu langsung tersedar ke realiti dek suara Jungkook yang menyapa telinganya itu. Dia langsung menoleh memandang suaminya yang sedang duduk di meja kerja, menanti respon darinya.

"Eoh? Tak. Tak ada apalah" balas Eunha setelah menggeleng kecil lalu mengukir senyuman manis bagi meyakinkan lelaki itu.

Jungkook langsung berdecit perlahan dek jawapan tak memberangsangkan isterinya itu.

"Fikirkan apa? Ada yang mengganggu ke?" soal Jungkook lagi, menebak. Dia mahukan jawapan yang meyakinkan dari wanita itu. Mana mungkin termenung sampai hampir jadi patung begitu, tak ada apa yang besar difikirkan.

Eunha menggelengkan kepalanya lagi.

"Aniyaa. Tak ada apalah" nafi Eunha sebelum berdiri bersama Jungwon yang juga didukung. Lalu, dia menapak ke arah meja kerja Jungkook.

"Saya nak kemas-kemas dekat bawah, lepas tu nak masak lunch" tutur Eunha bersama senyuman kecil sambil memandang sang suami yang sedang duduk di meja kerja itu.

"Okey...?" balas Jungkook terpinga-pinga.

Eunha menarik senyuman lebar.

"Jadi, silakan jaga Jungwon sementara saya nak buat kerja dekat bawah" pinta Eunha mesra seraya meletakkan tubuh kecil anak lelakinya itu ke atas riba Jungkook.

[C] Trust [J.J.K] | BBP S2Where stories live. Discover now