HAI ANUCK II
WADUH AKHIRNYA APDET JUGAK SI MINYU NI HA
SEBOK MENGALAHKAN ORANG POLITIK- k jgn saman saya
HA, CHAP NI PNJG JUGAK
SOOO MAKE SURE VOTE DAN COMMENT OKEYY 💙
DAH, BACA SILA
"Ha, cepat lahhh. Apa bendaaaa?" desak seorang Choi Yuna yang sudah terlalu penasaran bercampur sebal dengan sahabatnya yang sengaja mengelak-elak untuk memberitahu sesuatu mengujakan yang diperkatakan sejak 5 minit lalu itu.
"Apaaaa?" respon Eunha bersahaja dengan dahi berkerut. Masih mahu menyebalkan si Yuju itu.
Yuju langsung merengus perlahan. Inilah. Inilah yang dibalas Eunha dari tadi. Naik geram dia dibuatnya.
"Penat, Na. Penat" tutur Yuju pasrah dengan raut kesal. Tatapannya kosong tepat ke wajah Eunha di sebelah.
Eunha langsung tergelak melihat rakannya yang tampak benar-benar fed up itu. Dia kemudiannya mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan, mengalah jua dari terus mengusik seorang Choi Yuna itu.
"Okey, dengar baik-baik eh" pinta Eunha mesra dengan senyuman lebar. Seraya itu, dia memusingkan tubuhnya menghadap Yuju di sebelah. Kedua-dua kaki naik menyilang sesama sendiri, mencipta posisi duduk bersila.
Yuju menggulingkan bola matanya malas. Sudah la. Dia dah fed up dah pun. Penat beria.
"Ishh, tengoklah sini. Aku nak bagitahu nii" ujar Eunha menggesa seraya menekup wajah Yuju lalu dipusing memandangnya.
Yuju merengus jengkel lalu menolak perlahan tangan Eunha yang menekup wajahnya itu. Dia memandang wajah polos sekaligus mesra rakannya itu.
"Kau better bagitahu eh kali ni? Kalau kali ni kau still nak acah-acah tanya 'apa eh?','nak bagitahu apa eh?', 'aku nak cakap apa eh?', memang aku tonyohhh muka kau dengan bantal ni tau, Na. Serious warning ni. Kalau kau tak bagitahu betul-betul this time, aku--"
"Aku mengandung" ujar Eunha ringkas dengan santai.
"EHHH?" respon Yuju spontan dengan lantang. Matanya membuntang. Tangannya yang hampir mengangkat bantal kecil kusyen ke udara itu perlahan diturunkan dalam terpana. Dia memandang wajah tenang Eunha itu.
"SERIUS?" soalnya meminta kepastian. Matanya tepat merenung wajah santai rakannya itu.
Eunha tersenyum lalu sekadar menganggukkan kepalanya.
Langsung saja bantal kecil di tangannya itu dicampak entah ke mana hala dalam keterujaan. Raut terkejutnya itu berubah senang.
"Wehhhh, congrats, Na!" ucap Yuju teruja seraya lantas memeluk tubuh kecil sahabatnya itu di sebelah. Eunha hanya tersenyum lalu membalas pelukan Yuju itu.
YOU ARE READING
[C] Trust [J.J.K] | BBP S2
Fanfic[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "𝓘𝓯 𝔂𝓸𝓾 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓶𝓮, 𝓽𝓱𝓮𝓷 𝓽𝓻𝓾𝓼𝓽 𝓶𝓮. 𝓝𝓸𝓽 𝓽𝓱𝓮 𝓸𝓽𝓱𝓮𝓻𝓼" ↪Mengisahkan tentang kisah...